nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kekuatan UMNO dibina dari akar umbi : Zambry

21 JUN : Kekuatan UMNO bukan hanya dibentuk di peringkat kepimpinan pusat tetapi perlu disemai dan diasuh di peringkat akar umbi lagi.

Demikian penegasan dibuat Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Paya Besar, hari ini.

Zambry yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkata setiap ahli perlu memainkan peranan masing-masing bagi mencapai tujuan itu.

“Di Paya Besar ini, saya membawa mesej yang jelas bahawa kekuatan dan masa depan UMNO dibentuk bukan hanya di menara tinggi kepimpinan pusat, tetapi disemai, diasuh dan diteguhkan di peringkat akar umbi.

“Dari pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri, sehinggalah ke bahagian dan cawangan, setiap ahli memainkan peranan tersendiri dalam mencorakkan arah dan kelangsungan parti,” katanya melalui satu hantaran di Facebook, hari ini.

Menurutnya sepanjang hampir lapan dekad, UMNO melalui pelbagai fasa daripada detik perjuangan pramerdeka, era pembinaan negara, cabaran politik pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) hingga ke babak pembaharuan pasca PRU15.

Namun katanya, UMNO tetap berdiri bukan sebagai nostalgia sejarah tetapi sebagai institusi politik yang pragmatik dan sentiasa menyesuaikan pendekatan dengan realiti semasa.

Dalam pada itu katanya, bagi memastikan UMNO kekal relevan dan diterima oleh rakyat, parti itu perlu sentiasa mendengar denyut nadi rakyat dan memperjuangkan isu sebenar masyarakat.

Pada masa sama, menurut Zambry dalam membina kepimpinan bukan sekadar petah berkata-kata tetapi ampuh dalam nilai, integriti dan keberanian membuat keputusan.

“Inilah kekuatan institusi bernama UMNO dari dulu, kini dan selamanya,” katanya.

Beliau turut menegaskan proses pembaharuan dalaman parti dapat memberi ruang kepada generasi baharu tampil dengan idea dan kepimpinan segar.

“UMNO tidak pernah ketandusan pemimpin. Tradisi melahirkan tokoh terus hidup bermula daripada generasi Tunku Abdul Rahman kepada pemimpin-pemimpin hari ini yang menggalas cabaran generasi digital dan global,” katanya.

*Foto : Facebook Zambry Abd. Kadir

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.