nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM zahir ucapan takziah kepada Premier Sarawak

23 JUN : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg atas pemergian isterinya, awal pagi tadi.

Anwar berharap Abang Johari sabar dan tabah atas kehilangan isterinya, Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang.

“Saya dan Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) berduka menerima khabar pemergian Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang, isteri kepada Premier Sarawak, awal pagi tadi.

“Seluruh ingatan kami pada keluarga allahyarhamah, terutama buat Abang Jo yang baru saya temui semalam. Moga terus sabar dan tabah menerima ujian ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Anwar turut mendoakan Allahyarhamah Juma’ani dikurniakan tempat yang istimewa di sisi Allah SWT.

“Kami sekeluarga menitipkan doa semoga ruh allahyarhamah diampunkan segala dosanya dan dikurniakan tempat yang istimewa di sisi-Nya. Al-Fatihah,” katanya.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun jam 3.34 pagi di Pusat Perubatan Normah.

Allahyarhamah Juma’ani merupakan anak kepada bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang kedua, Allahyarham Tun Datuk Patinggi Tuanku Bujang Tuanku Othman.

Majlis penghormatan terakhir akan diadakan di Masjid Jamek, Petra Jaya mulai jam 10 pagi hingga 12 tengah hari ini.

Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.