24 JUN : Iran tidak berdiam diri selepas diserang Amerika Syarikat (AS) yang berpihak kepada Israel.
Tehran dilaporkan melancarkan enam peluru berpandu ke atas beberapa pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Qatar.
Serangan itu sebagai tindak balas terhadap AS yang menyerang tiga tapak nuklear di Iran meski sudah diberi amaran agar tidak campur tangan dalam konflik Iran dengan Israel.
Serangan Iran terhadap AS itu menunjukkan Tehran tidak menghiraukan ugutan dibuat Presiden AS, Donald Trump yang memberi amaran agar Iran tidak bertindak balas terhadap serangan AS.
Sementara itu, Qatar memaklumkan tiada yang terkorban dilaporkan dalam serangan itu.
Susulan itu, Qatar, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Kuwait menutup ruang udara mereka.