nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Uzbekistan komited kerjasama ekonomi dengan Malaysia

24 JUN : Republik Uzbekistan menzahir komitmen untuk merealisasikan potensi kerjasama ekonomi melalui pelbagai bidang dengan Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata perkara itu disampaikan Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev dalam pertemuan di Tashkent.

“Dalam pertemuan ini, saya telah menyampaikan salam hormat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sesi perbincangan memfokuskan kepada usaha memperkukuh hubungan dua hala pasca lawatan Presiden Uzbekistan ke Kuala Lumpur pada Februari lalu.

“Kami menyentuh perkembangan positif termasuk peningkatan 25 peratus jumlah dagangan tahun ini, pertumbuhan pelaburan bersama serta sambungan udara antara kedua-dua negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas pertemuan itu.

Katanya antara bidang berkenaan termasuk perdagangan dan inovasi, tenaga hijau, industri minyak, gas dan petrokimia, geologi dan pengurusan sumber air, elektronik dan pengeluaran semikonduktor serta kesihatan, pembangunan tenaga kerja dan pelancongan.

Menguas lanjut, Fadillah berkata usaha berterusan itu mencerminkan aspirasi bersama Malaysia-Uzbekistan untuk membina kerjasama strategik yang saling menguntungkan dan mampan selaras dengan landskap ekonomi global yang semakin mencabar.

Terdahulu, Fadillah yang dalam rangka lawatan rasmi lapan hari ke Uzbekistan itu turut bertemu Timbalan Perdana Menteri Jamshid Kuchkarov dan Menteri Tenaga Mirzamahmudov Jurabek.

*FOTO : FACEBOOK FADILLAH YUSOF

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.