nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Iran umum tamat perang 12 hari dengan Israel

25 JUN : Iran mengumumkan penamatan ‘perang 12 hari’ dengan Israel, semalam.

Presiden Iran, Masoud Pezeshkian membuat pengumuman itu dalam perutusan yang disiar agensi berita rasmi IRNA.

Menurut Pezeshkian, kemenangan negaranya dalam melawan ancaman luar itu hasil penentangan hebat rakyat republik tersebut.

Pezeshkian menyatakan komitmen berterusannya terhadap keamanan meski berdepan tindakan agresif Israel dan pelanggaran janji oleh kuasa asing.

“Hari ini (semalam), selepas penentangan hebat ditunjukkan rakyat kita dan keazaman tinggi membina sejarah, kita menyaksikan gencatan senjata dan penamatan perang 12 hari yang dicetuskan provokasi Israel.

“Segala kejayaan kami datang daripada tekad rakyat Iran. Mereka adalah benteng utama negara ini dalam mempertahankan maruah dan kedaulatan,” katanya.

Difahamkan kenyataan rasmi itu dikeluarkan selepas rundingan telefon dengan beberapa pemimpin serantau termasuk Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan; Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Than dan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman.

Semalam, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan berhubung dengan Masoud melalui panggilan telefon dan pemimpin itu meminta negara-negara Islam agar tidak terpengaruh dengan naratif barat yang berat sebelah terhadap tindak balasnya terhadap Israel dan Amerika Syarikat.

Anwar berkata Malaysia sentiasa konsisten dengan pendirian bahawa keganasan bukan jalan keluar namun dalam kerangka keadilan sejagat, negara ini mengakui hak Iran untuk bertindak balas terhadap sebarang bentuk pencerobohan yang mencabuli kedaulatan negaranya.

“Adalah munafik untuk dunia mengiktiraf kekuatan Israel tetapi menolak hak sah Iran untuk mempertahankan diri,” kata Anwar.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.