nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kota MADANI bukan pengganti Putrajaya

25 JUN : Kota MADANI yang bakal dibina di Presint 19 dan dijangka siap pada 2027 nanti bukan pengganti Putrajaya.

Perkara itu dijelaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, hari ini.

Menurutnya, penjelasan itu dibuat susulan pelbagai salah tanggapan yang beredar berkait perancangan tersebut.

“Sejak pengumuman awal tempoh hari, saya perhatikan banyak persoalan dan salah tanggapan timbul. Jadi, saya nak betulkan sedikit dengan fakta sebenar.

“Kota MADANI akan gantikan Putrajaya? Tidak. Kota MADANI hanyalah sebahagian kecil dalam Putrajaya, bukan pengganti.

“Kawasannya cuma seluas 102 ekar iaitu 0.8% daripada keseluruhan Putrajaya dan terletak di Presint 19,” katanya.

Beliau berkongsi fakta itu dalam satu kenyataan di akaun Facebooknya.

Menurutnya, pembinaan Kota MADANI itu penting untuk menyelesaikan isu perumahan penjawat awam.

“Perlu ke bina Kota MADANI ni? Perlu. Kota MADANI akan sediakan 10,000 unit kuarters baharu untuk penjawat awam.

“Hari ini ada lebih 17,000 permohonan kuarters yang belum dapat dipenuhi kerana kekurangan unit sedia ada. Ini bukan soal kehendak, tapi soal keperluan.

“Bagi saya, penjawat awam layak mendapat kemudahan perumahan yang baik dan Putrajaya perlu terus diperkukuh sebagai kota tadbir urus yang inklusif dan berwawasan. Jangan terus kelirukan rakyat dengan naratif yang salah,” katanya lagi.

Beliau turut menepis dakwaan kononnya projek itu membazir wang rakyat sambl menjelaskan ia dibangun melalui kerjasama awam-swasta dengan konsep BLMT (Build-Lease-Maintain-Transfer) oleh Putrajaya Holdings.

Katanya, kos pembangunan sebanyak RM4 bilion ditanggung sepenuhnya oleh pemaju termasuk kos penyelenggaraan kelak.

“Selepas 25 tahun, keseluruhan projek ini akan jadi milik kerajaan,” katanya.

Menyentuh soal penggunaan nama MADANI, Zaliha berkata perkataan itu bukannya label politik sebaliknya ia adalah nilai tentang kemanusiaan, keseimbangan, keadilan dan kelestarian.

“Kota MADANI ini dibangunkan selari dengan visi Bandar CHASE, iaitu bandar yang bersih, sihat, terkehadapan, selamat dan mesra alam.

“Ada juga elemen rendah karbon, jaringan hijau, mobiliti pintar dan teknologi terkini,” katanya.

Beliau memaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hadir ke Majlis Pecah Tanah Kota MADANI Putrajaya.

Terdahulu, Anwar memaklumkan fasa pertama pembangunan kota itu melibatkan pembinaan sekitar 3,000 unit kediaman dan sebuah sekolah menegak yang dijangka siap dan beroperasi sepenuhnya menjelang hujung 2027.

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.