nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hampir 50 KM jajaran lebuh raya tiada liputan telekomunikasi

1 JUL :  Hampir 50 kilometer (km) jajaran lebuh raya di negara ini yang tidak mempunyai liputan telekomunikasi akan dikenal pasti.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan bekerjasama dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk tujuan itu.

Kata Fahmi, pihaknya akan memanfaatkan dasar ‘Di Mana Ada Jalan, Di Situ Ada Internet’ dalam menyelesaikan masalah capaian Internet berkenaan.

“Ada beberapa lokasi utama sedang dikenal pasti, dan perbincangan sedang dijalankan.

“Harapan saya, lokasi-lokasi ini dapat dimasukkan dalam fasa kedua Projek Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela), memandangkan kebanyakan kawasan tersebut berkemungkinan memerlukan pembinaan menara telekomunikasi.

“Jadi, Insya-ALLAH, kita akan bantu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau projek rintis perkongsian Rangkaian Teras Pelbagai Pengendali (MOCN) 4G Enam Hala di Tapak Menara Komunikasi Tanjung Asam, Pulau Pinang, hari ini.

Menara komunikasi baharu itu merupakan inisiatif nasional ‘Di Mana Ada Jalan, Di Situ Ada Internet’ yang dapat memanfaatkan lebih 3,000 penduduk di kawasan Gertak Sanggul, Tanjung Asam dan Teluk Kumbar dengan liputan 4G lebih stabil.

Menara berketinggian 60 meter mula beroperasi pada penghujung 2024 yang direalisasikan hasil kerjasama antara MCMC dengan YTL Communications serta sokongan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, selaras dengan aspirasi untuk memperkasa infrastruktur digital negara.

Dalam perkembangan lain, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata pihaknya menjangkakan pelaksanaan bukti konsep (Proof of Concept) [POC] teknologi direct-to-cell yang menggunakan satelit orbit rendah bumi (Low Earth Orbit) [LEO] pada suku ketiga atau keempat tahun ini di beberapa lokasi terpilih.

Menurutnya, beberapa isu teknikal masih menjadi kekangan pelaksanaan pada masa ini.

Kata Fahmi teknologi direct-to-cell itu akan memanfaatkan satelit sebagai menara pemancar dari angkasa lepas.

“Kita lihat, sekurang-kurangnya jika berlaku kecemasan seperti kes lemas di pesisir pantai, individu terbabit boleh terus menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan segera.

“Pembinaan menara telekomunikasi setinggi 60 meter memerlukan pertimbangan tersendiri dan di kawasan seperti pulau‑pulau, ia mungkin tidak sesuai. Oleh itu, teknologi direct‑to‑cell boleh menjadi penyelesaian alternatif,” katanya.

*FOTO : FACEBOOK KEMENTERIAN KOMUNIKASI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.