1 JUL : Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra digantung daripada tugasnya secara sementara, hari ini.
Mahkamah Perlembagaan Thailand memutuskan ketetapan itu hari ini sementara menunggu kes mahkamah yang mencabar kepimpinan Paetongtarn.
Mahkamah menerima petisyen daripada 36 senator yang menuduh Paetongtarn tidak jujur dan melanggar sensitiviti etnik berikutan perbualan telefon yang bocor dengan bekas pemimpin berpengaruh Kemboja, Hun Sen.
Rakaman itu
mencetuskan kemarahan rakyat hingga mendorong rakan gabungan terbesar, parti konservatif Bhumjaithai menarik diri.
Kerajaan Thailand sekali lagi berada di hujung tanduk dek keadaan politik yang tidak stabil ketika ini.
Terdahulu, Paetongtarn dilaporkan merombak barisan Kabinetnya berikutan penarikan diri parti Bhumjaithai.