nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia-Perancis bincang kerjasama, pelaburan bernilai tinggi

4 JUL : Malaysia dan Perancis membincangkan pelbagai bidang kerjasama strategik termasuk pelaburan bernilai tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pertemuannya dengan Perdana Menteri Perancis, François Bayrou membuka lembaran baharu dalam hubungan antara negara.

“Kami menyentuh pelbagai bidang kerjasama strategik termasuk pelaburan bernilai tinggi seperti aeroangkasa, semikonduktor dan automotif, kerjasama tenaga bersih, pertahanan, pendidikan, serta latihan teknikal dan vokasional (TVET),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Anwar diberi sambutan rasmi di Musée de l’armée invalids dalam rangka lawatannya ke Perancis.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan  menzahirkan penghargaan Malaysia atas sokongan Perancis terhadap misi peralihan tenaga dan transformasi ekonomi negara menerusi penglibatan aktif syarikat seperti ENGIE, Total serta Thales.

Selain itu, menurut Anwar beliau turut menekankan kepentingan komitmen pihak Airbus terhadap penghantaran pesawat A330 Neo yang dipersetujui bersama Malaysia Aviation Group (MAG) bagi memastikan kelangsungan operasi dan pelaburan yang efisien.

“AirAsia turut menunjukkan keyakinan terhadap teknologi Perancis melalui komitmennya untuk memperoleh sejumlah pesawat Airbus, sekali gus memperkukuh hubungan industri penerbangan antara kedua-dua negara,” katanya.

Anwar turut melahirkan keyakinan hubungan Malaysia dan Perancis akan terus berkembang.

“Sebagai rakan perdagangan keempat terbesar Malaysia dalam EU, saya yakin hubungan ini akan terus berkembang selaras dengan aspirasi bersama ke arah pertumbuhan yang mampan dan masa depan yang lebih inklusif.

“Saya memanjangkan undangan kepada PM Bayrou untuk melakukan lawatan rasmi ke Malaysia sebagai langkah memperteguh hubungan erat kedua-dua negara,” katanya.

Usai pertemuan itu, Anwar dan Bayrou menyaksikan pertukaran tiga dokumen penting yang bakal memperkukuh kerjasama strategik Malaysia dan Perancis merentasi bidang pertahanan, ekonomi serta teknologi.

“Perjanjian persefahaman antara Malaco dan Carester menandakan pencapaian besar dalam pembangunan industri nadir bumi Malaysia, selari dengan komitmen ESG dan inisiatif tenaga baharu negara.

“Surat tawaran kepada Thales LAS pula memperkukuh keupayaan pemantauan ruang udara Malaysia menerusi dua radar jarak jauh baharu.

“Manakala kerjasama antara MATRADE dan Business France akan merancakkan promosi perdagangan dua hala merentasi sektor strategik seperti aeroangkasa, tenaga boleh baharu dan ekonomi digital,” katanya.

*FOTO : PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.