nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kenyataan mengelirukan, Zahid minta maaf

8 JUL : Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akui kenyataannya baru-baru ini yang mengaitkan malaikat dengan tugas presiden parti mencetuskan kekeliruan.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri meminta maaf atas keterlanjuran kata-katanya itu.

Jelasnya, kenyataan yang dibuatnnya ketika itu dalam suasana penuh emosi bagi menggambarkan ujian berat sebagai pemimpin UMNO.

“Beberapa hari ini, tular sebuah video yang mengaitkan ucapan saya menyatakan satu perumpamaan tentang malaikat yang diungkapkan dalam konteks tekanan yang saya hadapi ketika memegang amanah sebagai Presiden UMNO.

“Hakikatnya, kenyataan itu lahir dalam suasana penuh emosi, sebagai usaha menggambarkan betapa mencabarnya ujian sebagai pemimpin. Namun saya akui, perbandingan tersebut telah mencetuskan kekeliruan dan boleh disalah tafsir.

“Sebagai seorang Muslim dan pemimpin parti yang menjunjung tinggi nilai dan prinsip Islam serta tradisi keilmuan, saya dengan rendah hati memohon ampun pada Allah dan meminta maaf pada semua atas kekhilafan dalam keterlanjuran lafaz kata-kata ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Ahmad Zahid berkata beliau menerima setiap teguran dengan hati yang terbuka.

“Saya percaya nilai seorang pemimpin bukan hanya terletak pada ketepatan tutur katanya tetapi juga pada keikhlasannya untuk menginsafi, memperbaiki diri dan belajar daripada kesilapan.

“Mudah-mudahan Allah SWT membimbing setiap langkah dan tutur kita semua agar sentiasa berada dalam adab yang mulia, terpelihara akidah dan berpaut teguh pada kebenaran yang hakiki,” katanya.

Pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading di Batu Pahat kelmarin, Ahmad Zahid berkata UMNO berdepan ujian yang cukup hebat sebelum ini apabila harta milik parti dirampas dan akaun bank dibeku.

“Uji sedikit saja dah lari. Itu belum diuji 87 pertuduhan, itu belum dibekukan harta UMNO, itu belum dirampas harta UMNO.

“Ketika itu saya diuji…semua orang diuji. Ditakdirkan jika Allah SWT memerintahkan malaikat untuk menjadi Presiden UMNO, malaikat pun pun lari malam tetapi tidak Zahid Hamidi. Zahid Hamidi tetap mempertahankan UMNO,” katanya ketika berucap.

Kenyataan itu menerima pelbagai reaksi daripada orang awam.

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.