14 JUL : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memuat naik satu poster di akaun Facebook rasminya yang mencetus tanda tanya.
‘Akan Datang, Suatu Penghargaan Luar Biasa Buat Rakyat Malaysia. Bersama Malaysiaku’.
Demikian mesej yang dinyatakan dalam poster tersebut.
Anwar turut menulis kapsyen “Nantikan. #MalaysiaMADANI #BersamaMalaysiaku .”
Namun tiada penjelasan lanjut diberi berkait poster tersebut.
Hantaran itu kini sudah menerima reaksi lebih 10,000 dengan 3,900 komen dan dikongsi hampir 900 kali.