nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tuntutan 40% hasil Sabah diputuskan 12 September ini

14 JUL : Kerajaan bersetuju untuk membawa cadangan penyelesaian berhubung pemberian 40 peratus (%) hasil negeri yang dikutip Kerajaan Persekutuan ke mesyuarat September ini.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Teknikal di bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63), hari ini.

“Kami telah meneliti pembentangan rasmi daripada Kerajaan Negeri Sabah dan sebulat suara bersetuju agar perkara ini dibawa ke Mesyuarat MTPMA63 seterusnya yang akan dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri.

“Ini penting bagi mendapatkan keputusan dasar, memandangkan terdapat perbezaan tafsiran dari sudut perundangan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mesyuarat itu diadakan sebagai susulan kepada keputusan Jawatankuasa Teknikal Bil. 1 Tahun 2025 khusus bagi membincangkan tuntutan Kerajaan Negeri Sabah berhubung pemberian 40% hasil negeri yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan.

Dalam pada itu, Fadillah berkata Kerajaan Persekutuan kekal komited dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan MA63.

“Untuk rekod, semakan terhadap kadar Pemberian Khas telah dilaksanakan bagi tahun 2022 dan 2023 dengan amaun interim ditingkatkan daripada RM125.6 juta (2022) kepada RM300 juta (2023).

“Terbaharu, jumlah ini dinaikkan kepada RM600 juta untuk tempoh lima tahun sehingga 2029.

“Sekiranya terdapat persetujuan dalam tempoh tersebut, satu perintah baharu boleh dikeluarkan bagi menggantikan amaun interim tersebut,” katanya.

Katanya, Kementerian Kewangan Malaysia akan terus mengadakan rundingan berterusan bersama Kerajaan Negeri Sabah bagi mencapai penyelesaian menyeluruh dan adil demi kepentingan bersama.

Tegasnya, komitmen terhadap semangat Perjanjian Malaysia 1963 akan terus diperkukuh demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

*FOTO : FACEBOOK FADILLAH YUSOF

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.