nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

17 ahli Parlimen dilantik Friends of Ministry KDN

15 JUL : Seramai 17 ahli Parlimen dilantik sebagai ‘Friends of Ministry’ (FOM) bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ahli Parlimen berkenaan akan berperanan sebagai rakan strategik kementerian.

“Alhamdulillah, hari ini saya berbesar hati menyampaikan Surat Pelantikan kepada Ahli Parlimen Backbenchers (BBC) Kerajaan Perpaduan yang telah diberi kepercayaan dan dilantik sebagai FOM bagi KDN.

“Mereka ini akan berperanan sebagai rakan strategik kementerian yang bukan sekadar menyampaikan maklumat, tetapi juga menjadi penghubung yang aktif dan responsif dalam mendengar suara rakyat serta membawa kembali input yang penting kepada kementerian untuk diteliti dan ditambah baik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Ahli Parlimen terlibat ialah Datuk Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar) merangkap Pengerusi BBC, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Bera), Syed Ibrahim Syed Noh (Ledang), Lim Lip Eng (Kepong), Pang Hok Liong (Labis), Oscar Ling Chai Yew (Sibu), Khoo Poay Tiong (Kota Melaka), RSN Rayer (Jelutong), Wong Chen (Subang), P Prabakaran Batu, Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali (Pekan), Datuk Seri Doris Sophia Brodi (Sri Aman), Datuk Anyi Ngau (Baram), Dato Henry Sum Agong (Lawas), Roy Angau Gingkoi (Lubok Antu), Mohd Sany Hamzan (Hulu Langat) dan Datuk Jonathan Yasin (Ranau).

Kata Saifuddin, inisiatif FOM yang diperkenalkan Kerajaan MADANI itu merupakan platform strategik yang meletakkan ahli Parlimen sebagai jambatan komunikasi dua hala antara kementerian dan masyarakat, baik di peringkat akar umbi mahupun di pentas Parlimen.

“Saya amat berharap agar platform FOM ini dapat dimanfaatkan secara menyeluruh sebagai ruang libat urus yang lebih sistematik dan berfokus, bukan semata-mata untuk memperkukuh sesi perbahasan di Parlimen tetapi juga demi menjadikan dasar yang dibentuk benar-benar mencerminkan realiti, suara dan harapan masyarakat,” katanya.

*FOTO : FACEBOOK SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.