nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan berjaya kurangkan hutang baharu tahun lalu

21 JUL : Kerajaan berjaya memenuhi janji dengan mengurangkan hutang baharu tahunan kepada RM77 bilion pada tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata meski pembayaran faedah hutang masih belum dapat dikurangkan namun katanya, kerajaan dapat memenuhi komitmen pengurusan fiskal yang lebih berhemat.

“Hutang baharu yang kerajaan buat RM99 bilion pada 2022, turun kepada RM93 bilion pada 2023 dan 2024 jumlahnya RM77 bilion…kuranglah tu.

“Mereka kata jumlah keseluruhan yang lebih, masuk (sekali) dengan hutang lama dan bunga yang kita kena bayar tetapi saya kata kerajaan janji untuk kurangkan hutang baharu, itu kita sudah tunaikan.

“Bagaimanapun, yang disebar sana sini, kita tambah (hutang), jadi seolah-olah kita menipu rakyat. Kalau lihat pada angka ini, siapa yang menipu?” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM),hari ini.

Menurut Anwar, kerajaan komited untuk mengurangkan defisit fiskal secara berperingkat tanpa menjejaskan pembangunan negara.

Kata Menteri Kewangan itu, kerajaan mensasarkan pengurangan defisit fiskal kepada 3.8 peratus, tahun ini berbanding 5.5 peratus pada 2022 dan 4.1 peratus pada 2024.

Jelasnya, pendekatan diambil bagi memastikan sasaran itu tercapai dijalankan tanpa mengorbankan keperluan pembangunan dan keyakinan pasaran.

“Kita ambil alih pada 2022, defisit fiskal ketika itu 5.5 peratus. Apa itu defisit? Ia bermaksud perbelanjaan melebihi pendapatan negara, maknanya kita berhutang.

“Kita urus ekonomi negara macam ekonomi rumah tangga. Kalau pendapatan RM5,000 tetapi belanja RM7,000, itu defisit. Oleh itu, sekarang kita turunkan belanja kepada RM6,500, RM6,000, RM5,500 dan kalau turun mendadak, nanti tidak boleh bergerak,” katanya.

*FOTO : PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.