21 JUL : Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba gagal mempertahankan majoriti kerajaannya di Parlimen dalam pilihan raya pada Ahad.
Keputusan terhadap gabungan kerajaan Jepun tersebut dijangka memburukkan kestabilan politik di negara matahari terbit itu.
Media tempatan juga melaporkan keputusan itu mungkin bakal menjejaskan kedudukan Ishiba dalam Dewan Atasan yang sudah pun memimpin kerajaan minoriti sejak kekalahan dalam pilihan raya Dewan Rendah, Oktober lalu.
Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Komeito memerlukan sekurang-kurangnya 50 kerusi untuk mengekalkan penguasaan dalam Dewan Atasan yang mempunyai 248 kerusi namun gabungan itu hanya memenangi 47 kerusi.
Peningkatan sokongan diterima parti populis Sanseito apabila memenangi 14 kerusi.
Sejak 1955, gabungan kerajaan itu hilang majoriti buat pertama kalinya di Dewan Atasan dan Dewan Rendah.