nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

87% pelaburan sudah direalisasi : Tengku Zafrul

22 JUL : Malaysia sudah merealisasikan 87 peratus (%) pelaburan yang diluluskan setakat suku pertama tahun ini.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memaklumkan perkembangan itu dalam satu klip video yang dimuat naik di Facebook rasminya.

Menurutnya, pelaburan yang diluluskan juga mencatatkan peningkatan setiap tahun dengan rekod tertinggi pada tahun 2023 dan 2024.

“Setakat suku pertama 2025, 87% pelaburan yang diluluskan sejak 2021 sudah dilaksanakan. 87% bukan 8%, bukan 18% tapi 87%. Tinggi? Betul, tinggi.

“Tahun 2023 dan 2024 mencatatkan pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah. Kalau kita tak usaha gila-gila untuk promosi pelaburan di Malaysia, macam mana nak pecah rekod macam ini? ,” katanya.

Pelaburan diluluskan pada tahun 2022 merekodkan angka RM267.8 bilion yang meningkat kepada RM329.5 bilion pada 2023 dan terus meningkat kepada RM384.4 bilion pada 2024.

Video itu dipercayai bagi menjawab pertikaian dibangkitkan umum susulan pengumuman potensi pelaburan dan perdagangan setiap kali usai lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke luar negara.

Menepis dakwaan kononnya tidak nampak hasil daripada potensi pelaburan yang diumumkan, Tengku Zafrul menjelaskan proses yang perlu dilalui sebelum ia dapat direalisasikan.

“Dari potensi hinggalah realisasi setiap langkah sentiasa dipantau semasa misi perdagangan dan pelaburan ke luar negara. Perdana Menteri dan saya sendiri akan berjumpa dengan pengurusan tertinggi syarikat-syarikat gergasi dunia untuk yakinkan mereka melabur di Malaysia.

“Sekiranya kita berjaya yakinkan mereka, maka mereka akan memberikan komitmen untuk melabur di Malaysia. Komitmen inilah yang sering dirujuk sebagai potensi.

“Apa jadi lepas komitmen ini dizahirkan? Kita lepas tangan saja? Kita ada Jawatankuasa Tindakan Penyelarasan, Pelaburan dan Perdagangan (JTPPP) yang memantau setiap komitmen ini. Mereka adakan libat urus lanjut dengan syarikat terlibat untuk memudahcara pelaburan masuk ke Malaysia.

“Kita bantu mereka untuk mengemukakan permohonan pelaburan ke Malaysia. Kena ingat, hanya permohonan yang memenuhi semua syarat ditetapkan akan diluluskan. kalau tak penuhi syarat, minta maaf kita tak boleh luluskan.

“Selepas kelulusan, langkah seterusnya yang sama penting ialah realisasi atau pelaksanaan projek pelaburan yang diluluskan,” jelasnya.

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.