nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MCMC-KKM kerjasama, hantar ubat guna dron

23 JUL : Penghantaran ubat menggunakan dron akan dimulakan di Sabah hasil kerjasama strategik antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kerjasama itu terjalin dalam usaha memperluas akses serta liputan perkhidmatan kesihatan di kawasan luar bandar dan pedalaman melalui teknologi digital

Projek rintis penghantaran ubat menggunakan dron di Sabah itu akan dimulakan dengan Klinik Kesihatan Tawau sebagai pusat utama penghantaran kepada dua Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) berhampiran.

Menurut kenyataan bersama, Sabah dipilih berdasarkan liputan jaringan 4G (94.4%) dan 5G (69%) yang stabil serta cabaran geografi negeri ini yang menuntut penyelesaian inovatif bagi menjamin kelangsungan rawatan dan bekalan ubat kepada rakyat.

Lapan inisiatif utama akan dilaksanakan iaitu penyediaan prasarana komunikasi untuk kesihatan masa depan; perlengkapan komputer dan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) di klinik kesihatan termasuk klinik desa dan klinik komuniti; penyediaan kiosk telekesihatan di NADI; penghantaran ubat menggunakan dron ke kawasan luar bandar dan pedalaman sebagai penyelesaian kepada cabaran bentuk muka bumi; pelaksanaan langkah keselamatan siber di fasiliti kesihatan; penyediaan geran pengadaptasian sistem EMR; penubuhan Hab Inovasi Hospital Pintar; dan pemerkasaan penyertaan Malaysia dalam platform kesihatan digital global.

Menurut kenyataan itu, inisiatif berkenaan menyasarkan peluasan perkhidmatan e-Kesihatan secara menyeluruh melalui 1,099 NADI di seluruh negara yang akan berfungsi sebagai gerbang kesalinghubungan digital di kawasan luar bandar.

“Penduduk setempat akan mendapat akses kepada konsultasi maya bersama doktor melalui kiosk telekesihatan, sekali gus memastikan keterangkuman kesihatan digital di kawasan luar bandar.

“Sistem-sistem digital berasaskan pengkomputeran awan serta platform konsultasi maya akan digunakan bagi menyokong penghantaran ubat ke kawasan sukar akses, memudahkan rawatan susulan serta memperkukuh pemantauan berterusan pesakit luar bandar.

“KKM dan MCMC juga akan meneliti usaha pemerkasaan literasi digital kesihatan dalam kalangan komuniti setempat bagi meningkatkan keyakinan pengguna perkhidmatan kesihatan digital dari aspek keselamatan dan keberkesanan,” menurut kenyataan itu lagi.

“KKM amat mengalu-alukan kerjasama ini kerana ia mampu memperkukuh sistem kesihatan awam dengan menawarkan penyelesaian inovatif dan mesra rakyat. Ia adalah pendekatan yang signifikan bagi mendepani cabaran penjagaan kesihatan masa kini, terutamanya di kawasan yang sukar mendapat akses,” kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.