nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pengumuman ikhtiar segera bukti Kerajaan MADANI peka

23 JUL : Pengumuman ikhtiar segera yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuktikan kepekaan Kerajaan MADANI terhadap denyut nadi rakyat.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata ia juga merupakan komitmen kerajaan untuk meringankan beban melalui pelbagai bentuk bantuan.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri atas pengumuman langkah-langkah Kerajaan MADANI yang memberikan kelegaan kepada rakyat serta memacu kestabilan ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Anwar mengumumkan lima ikhtiar segera pada Penghargaan buat Rakyat Malaysia hari ini bagi meringankan beban sara hidup rakyat termasuk menurunkan harga RON95, mengekalkan kadar tol dan agihan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Dalam pada itu, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata pendekatan yang diumumkan itu akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi, memberikan kelegaan kepada rakyat, di samping mengukuhkan daya tahan fiskal negara dalam menghadapi ketidaktentuan global.

Pada masa yang sama katanya, Kerajaan MADANI akan terus berusaha menyeimbangi keperluan meningkatkan kedudukan kewangan negara dengan tanggungjawab untuk menjaga kesejahteraan rakyat.

“Langkah yang diambil ialah hasil pertimbangan teliti dan berlandaskan prinsip keadilan sosial serta kemampanan ekonomi,” katanya.

Fahmi berkata kerajaan akan terus memperkukuh agenda pembangunan melalui Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dan Belanjawan Malaysia MADANI yang sedang digarap demi manfaat rakyat seluruhnya.

Sementara itu, Kelab Penyokong Kerajaan Madani (BBC) menyambut baik pengumuman Penghargaan buat Rakyat Malaysia itu yang memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

Menurut BBC, pengumuman penghargaan itu mencerminkan komitmen teguh Kerajaan Madani dalam meletakkan rakyat sebagai keutamaan.

“BBC percaya inisiatif-inisiatif yang diumumkan seperti ‘SARA untuk semua’ iaitu pemberian RM100 secara one-off menerusi MyKad yang pertama kalinya dilaksanakan di samping pengekalan harga tol, memperbanyak Jualan Rahmah MADANI serta penurunan harga RON95 kepada RM1.99 ternyata berupaya meredakan kos sara hidup dan menyediakan ruang perbelanjaan yang lebih selesa khususnya kepada golongan B40 dan M40.

“Pengumuman ini turut memperlihatkan kepekaan Kerajaanterhadap realiti semasa yang dihadapi oleh rakyat,” menurut kenyataan itu.

Kata BBC lagi, langkah proaktif dan pantas itu membuktikan kerajaan sentiasa mendengar keluhan rakyat serta berusaha mencari penyelesaian yang tuntas demi kesejahteraan bersama.

“Usaha ini selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI dengan menaikkan paras siling dan lantai dan segala usaha keras Kerajaan Madani dalam menarik pelaburan ke dalam negara kini diterjemahkan kepada kesejahteraan rakyat.

“Pihak BBC percaya bahawa segala inisiatif yang diumumkan ini akan memberikan manfaat nyata kepada seluruh rakyat Malaysia, mengurangkan beban kos sara hidup dan pada masa yang sama turut memacu pertumbuhan ekonomi negara ke arah yang lebih mampan.

“Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus memberikan sokongan dan dokongan padu kepada Kerajaan MADANI demi memastikan Malaysia terus maju dan sejahtera,” menurut kenyataan itu lagi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.