nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan MADANI salur bantuan kepada rakyat lepas kewangan pulih

24 JUL : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah berhenti untuk memperbaiki kedudukan kewangan negara sejak hari pertama memegang tampuk pemerintahan pada penghujung 2022 demi untuk kesejahteraan rakyat.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata pentadbiran Kerajaan MADANI hanya dapat menyalurkan bantuan sedikit demi sedikit kepada rakyat selepas kedudukan kewangan negara beransur pulih.

“Pendedahan Wartawan Bradley Hope dan Tom Wright bahawa Malaysia sebenarnya kerugian AS$18 bilion akibat Skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) baru-baru ini merupakan gambaran ‘kerosakan’ yang diwarisi Kerajaan MADANI daripada pentadbiran terdahulu.

“Akhirnya apabila keadaan kewangan Negara beransur pulih, baru sedikit demi sedikit bantuan kepada rakyat diberikan untuk meringankan sedikit beban dalam ketidaktentuan ekonomi global ini,” katanya.

Tunku Nashrul berkata demikian ketika menyampaikan Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri, hari ini.

Menurut Tunku Nashrul, meski Anwar diaibkan hampir setiap hari di media sosial namun sebagai pemimpin negara, beliau sedikit pun tidak berkecil hati.

“Perdana Menteri ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat kerana memberikan sokongan dan dukungan serta tetap bersabar ketika usaha-usaha memperbaiki negara dijalankan.

“Walaupun segelintir pihak termasuk Ketua Pembangkang menghina, mencerca dan mengaibkan Perdana Menteri hampir setiap hari menggunakan media sosial untuk memperlekehkan segala usaha Kerajaan MADANI, sedikit pun beliau tidak berganjak dan berkecil hati.

“Di kesempatan ini, saya ingin mengulangi permohonan maaf yang disampaikan Perdana Menteri semalam kerana kelewatan menunaikan sesetengah janjinya sebelum menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Menurutnya lagi, meski ikthiar segera yang diumumkan kerajaan semalam diperlekeh pembangkang namun penjimatan itu katanya dapat meringankan beban rakyat.

“Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor serta segelintir pimpinan pembangkang boleh ‘memperlekeh’ penurunan harga RON95 daripada RM2.05 ke RM1.99 dan bantuan RM100 secara one off kepada semua orang dewasa di Malaysia.

“Akan tetapi sekurang-kurangnya penjimatan kos RON95 dapat membantu serba sedikit meringankan beban rakyat,” katanya.

Selain itu, Tunku Nashrul berkata bantuan itu juga pertama kali berlaku di negara ini di mana semua rakyat menerima ‘sesuatu’ daripada kerajaan tanpa mengira status sempena bulan kemerdekaan.

“Saya ingin mengambil sedikit masa untuk membantu Datuk Seri Sanusi memahami perbezaan antara ‘bantuan’ dan ‘belanjawan’ – satu konsep asas pentadbiran yang barangkali sukar difahami beliau sepanjang menjadi Menteri Besar.

“Semua inisiatif yang diumumkan semalam bukanlah sebahagian daripada Belanjawan 2026, Belanjawan 2026 hanya boleh diguna pakai pada tahun 2026 – sebab itu namanya Belanjawan 2026.

Manakala kesemua penghargaan yang diumumkan semalam akan dilaksanakan tahun ini, bermula dengan SARA untuk semua pada 31 Ogos 2025.

“Penghargaan khas ini diumumkan dengan mengambil kira keupayaan fiskal negara, dan sebagai tambahan kepada apa yang telah direncanakan di dalam Belanjawan 2025.

“Pengumuman semalam juga khusus untuk menangani beban kos sara hidup rakyat dalam masa terdekat. Bantuan dan inisiatif lain untuk tahun depan akan diumumkan semasa Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan Oktober ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyatakan kesediaan pihaknya dalam memberi taklimat kepada Sanusi bagi memastikan pemimpin PAS itu tidak lagi ‘senget’, ‘gelong’ dan tersasar dalam membuat ulasan terutama yang melibatkan fakta asas pengurusan kewangan negara.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.