25 JUL : Facebook menyekat audio tular yang didakwa dirakam pada mesyuarat dalaman susulan pelanggaran dasar kandungan platfrom itu.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata tindakan itu dibuat sepenuhnya berdasarkan pelanggaran garis panduan komuniti dan piawaian kandungan Facebook.
Katanya, tindakan pemantauan dan siasatan itu dijalankan berdasarkan aduan yang diterima daripada orang ramai.
“MCMC memandang serius perbuatan memuat naik atau berkongsi audio dan video tanpa kebenaran, khususnya apabila kandungan tersebut berpotensi melanggar privasi dan menyebarkan maklumat yang mengelirukan, berunsur jelik atau menimbulkan kegusaran kepada individu terlibat.
“MCMC ingin mengingatkan semua pihak supaya lebih berhati-hati dalam berkongsi kandungan di platform digital,” menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, MCMC memaklumkan sebarang penyebaran maklumat yang tidak sah atau berunsur provokasi boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang sedia ada termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.