25 JUL : Israel bengang dengan tindakan Perancis yang mengiktiraf kenegaraan Palestin.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan tindakan Presiden Perancis, Emmanuel Macron itu sebagai ganjaran kepada keganasan dan ancaman keselamatan kepada rejimnya.
“Langkah ini memberi ganjaran kepada keganasan dan berisiko mewujudkan satu lagi proksi Iran, sebagaimana yang berlaku di Gaza.
“Sebuah negara Palestin dalam keadaan sekarang hanya akan menjadi landasan untuk memusnahkan Israel, bukan untuk hidup bersama secara aman.
“Jelas sekali, Palestin tidak mahukan sebuah negara di sebelah Israel, sebaliknya mahu menggantikan Israel,” kata Netanyahu.
Beberapa menterinya turut tidak terlepas mengkritik tindakan Perancis itu.