nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Himpunan Turun Anwar: Kematangan Demokrasi Era Madani

27 JUL : Kerajaan MADANI menzahirkan ruang demokrasi yang bukan hanya dilaungkan tetapi benar-benar dirasai dengan membenarkan  perhimpunan Turun Anwar membabitkan pembangkang di ibu negara, semalam.

Ini sekali gus menggambarkan hak untuk berhimpun dan bersuara kini menjadi satu norma yang dihormati serta dilindungi.

Malah dalam suasana baharu ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menzahirkan penghargaan kepada anggota keselamatan di lapangan yang memastikan perhimpunan berlangsung aman.

“Kehadiran mereka tanpa pemedih mata, belantan dan perisai rusuhan adalah cerminan kematangan institusi kita, mengangkat peranan anggota keselamatan sebagai komponen penting dalam ekosistem demokrasi negara,” kata Pengarah Komunikasi PKR, Adam Adli.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata cita-cita Madani bukan sahaja menjamin hak sivil tetapi juga hak kehidupan rakyat.

“Di era Madani, pembangkang dan penyokongnya dibenarkan berhimpun secara aman di ibu kota tanpa gangguan, tanpa kekerasan.

“Ini bukan kelemahan pentadbiran, ini kekuatan demokrasi sebenar,” ujar Adam lagi.

Katanya, di pentas dunia, kepemimpinan Perdana Menteri dan kerajaan mulai berhasil mengangkat semula imej Malaysia sebagai sebuah kuasa ekonomi yang stabil dan diyakini negara luar pasca pandemik.

Manakala, di dalam negara usaha kerajaan dalam isu kos sara hidup, pembasmian kemiskinan, reformasi ekonomi, pendidikan dan pekerjaan adalah bukti komitmen berterusan kepimpinan negara.

“Ini mungkin meresahkan pembangkang. Ketika kerajaan sibuk memulihkan negara, pembangkang ketandusan hala tuju. Lantas, strateginya dialihkan kepada mencipta ketidaktentuan dan permainan persepsi – tidak dengan dasar alternatif yang lebih baik, hanya serangan ke atas personaliti,” ujarnya.

Dalam pada itu, PKR melihat himpunan itu bukan sebagai ancaman, tetapi lambang perubahan budaya politik yang dahulunya pernah dibelenggu pemerintahan kuku besi.

“Perbezaan pandangan harus diraikan. Dalam demokrasi, suara yang menyokong mahupun menentang kedua-duanya penting dan wajar dilindungi.

“Kerajaan telah membuktikan kemampuan untuk memelihara ruang demokrasi. Persoalannya,mampukah pembangkang melakukan perkara yang sama?

“Mahukah pembangkang mendidik penyokongnya menjadi adil dan celik, di samping mendisiplinkan wakil rakyatnya di Parlimen dengan hujah yang lebih baik?,” tegas Adam.

Dalam perhimpunan semalam, polis berjaya memastikan program itu tanpa sebarang kejadian tidak diingini sejak mula hingga akhir.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.