28 JUL : Arab Saudi mengumumkan lanjutan bagi semua visa lawatan yang tamat tempoh untuk meninggalkan negara itu.
Inisiatif terbaharu itu diumumkan Direktorat Jeneral Imigresen Arab Saudi.
Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan Arab Saudi menawarkan tempoh kelonggaran 30 hari bermula 1 Safar 1447 Hijrah dan tertakluk kepada bayaran yuran serta denda ditetapkan.
Direktorat berkata mana-mana individu terlibat boleh memanfaatkan inisiatif itu dengan membuat permohonan melalui perkhidmatan ‘Tawasul’ di platform perkhidmatan elektronik Kementerian Dalam Negeri, ‘Absher’.
Selain itu, pihak berkuasa turut menggesa orang ramai mengambil peluang ditawarkan itu dalam tempoh yang ditetapkan.