nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Thailand-Kemboja: AIC zahir rasa bangga peranan Anwar diiktiraf

30 JUL : Anwar Ibrahim Club (AIC) menzahirkan penghargaan dan rasa bangga atas pengiktirafan antarabangsa terhadap peranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menoktahkan konflik dua negara jiran.

Ia susulan peranan penting Anwar dan Malaysia yang membuahkan hasil bagi mencapai gencatan senjata serta-merta di Kemboja dan Thailand selepas konflik yang berlarutan.

“AIC merakam penghargaan dan kebanggaan terhadap pengiktirafan antarabangsa yang diterima Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas peranan penting beliau dalam usaha pendamaian antara Thailand dan Kemboja.

“Penghargaan terbuka daripada negara-negara seperti Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, China, Jepun, Australia, Belanda, Kesatuan Eropah dan Pakistan serta rakan serantau seperti Indonesia, Singapura, Vietnam, Filipina dan Brunei membuktikan bahawa dunia mengiktiraf peranan Malaysia sebagai kuasa sederhana yang berwibawa diterajui oleh sosok kepimpinan yang berintegriti dan dihormati,” kata kenyataan AIC itu.

Pada Isnin, Anwar mempengerusikan mesyuarat khas bagi menoktahkan konflik antara Thailand dan Kemboja di Putrajaya yang dihadiri Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai.

Keputusan gencatan senjata itu kemudiannya diumumkan pada sidang media yang disambut baik negara lain malah Anwar dipuji atas peranan dimainkannya dalam mencapai jalan damai melalui meja rundingan.

Dalam pada itu, AIC berkata sebagai pemimpin negara dan Pengerusi ASEAN, Anwar bukan sahaja berjaya membawa dua negara jiran ke meja rundingan malah turut mempamerkan keberanian moral dan kepimpinan berprinsip dalam menjunjung semangat diplomasi, rundingan dan nilai kemanusiaan.

“AIC percaya bahawa kejayaan ini adalah manifestasi kepada dasar luar negara yang matang, berpandangan jauh dan berani menyuarakan kebenaran.

“Sehubungan itu, AIC menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus berdiri teguh di belakang Datuk Seri Anwar demi memastikan suara Malaysia kekal dihormati dan relevan di peringkat serantau dan global.

“Kepimpinan yang membawa suara damai, memperjuangkan keadilan dan menjunjung nilai kemanusiaan, inilah wajah Malaysia MADANI yang menjadi kebanggaan dunia,” menurut kenyataan itu lagi.

Semalam, beberapa negara mengeluarkan kenyataan termasuk Jerman, Perancis dan Suruhanjaya Eropah (EC) memuji peranan penting dimainkan Anwar dalam menoktahkan konflik antara Kemboja dan Thailand.

*FOTO : PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.