31 JUL : Junta Myanmar mengumumkan penamatan perintah darurat, hari ini yang dikuat kuasa sejak rampasan kuasa 2021.
Selain itu, turut diumumkan adalah penubuhan sebuah badan bagi menganjurkan pilihan raya umum hujung tahun ini.
Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara (SAC) merangkap ketua junta, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing mengeluarkan dekri membubarkan Majlis Pertahanan dan Keselamatan Negara.
Beliau turut mengumumkan pembentukan kerajaan baharu yang akan diterajui sekutu rapatnya, U Nyo Saw, seorang sekutu rapatnya.
“Pilihan raya akan diadakan pada Disember ini dan usaha akan dilakukan bagi memastikan semua pengundi yang layak dapat menunaikan tanggungjawab mereka,” kata Min Aung Hlaing.
Kerajaan pimpinan Parti Liga Demokrasi Kebangsaan yang dipilih rakyat digulingkan pada 2021 sebelum junta mengambil alih pentadbiran Myanmar di bawah perintah darurat selama empat tahun.