nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tarif AS : MITI kekalkan momentum pembaharuan industri, kepelbagaian pasaran

KENYATAAN MEDIA

Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian (MITI) mengambil maklum keputusan Kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk menurunkan tarif timbal balas ke atas eksport Malaysia daripada 25% kepada 19%, berkuat kuasa 1 Ogos 2025.

Rundingan tarif Malaysia-Amerika Syarikat (AS) yang bermula pada 6 Mei 2025 tamat secara rasmi pada 31 Julai 2025.

Keberhasilan positif ini berikutan sesi libat urus berterusan antara kedua-dua kerajaan melalui pelbagai platform dua hala dan mencerminkan tahap saling melengkapi yang tinggi di antara Malaysia-AS dalam sektor perdagangan dan pelaburan selama lebih 60 tahun.

Kadar 19% secara kasarnya adalah setara dengan kadar tarif negara lain di rantau Asia Tenggara. Paling utama, pendirian Malaysia tidak berganjak bagi pelbagai perkara dalam rangkuman ‘garisan merah, dan kadar tarif 19% dicapai tanpa mengkompromi kedaulatan negara untuk melaksanakan dasar-dasar penting bagi menyokong kestabilan dan pertumbuhan sosio-ekonomi negara. MITI menganggap kadar pengurangan ini sebagai pencapaian penting dalam proses rundingan Malaysia yang amat menyeluruh dan sistematik.

Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Abdul Aziz berkata: “Keputusan oleh Amerika Syarikat ini mencerminkan hubungan ekonomi yang kukuh dan berkekalan antara kedua-dua negara. Ia juga mencerminkan kredibiliti Malaysia sebagai rakan kongsi perdagangan dan pelaburan yang boleh dipercayai. Kami mengucapkan terima kasih kepada rakan sejawat kami di AS terutamanya Pejabat Perwakilan Perdagangan AS dan Jabatan Perdagangan atas kerjasama dan sokongan membina dari mereka sepanjang proses rundingan”.

MITI juga telah bekerjasama rapat dengan agensi seperti Bank Negara Malaysia dalam mengambil kira kesan tahap tarif yang berbeza terhadap KDNK Malaysia. Dalam menangani kesan tarif 19%, MITI akan:

-Terus bekerjasama rapat dengan Kementerian dan agensi yang berkaitan untuk mengurangkan kesan tarif terhadap eksport Malaysia;

-Menggalakkan pengeksport untuk memanfaatkan sepenuhnya 18 Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia bagi mempelbagaikan dan mengembangkan pasaran eksport mereka;

-Meneruskan program-program reformasi industri-seperti yang ditetapkan oleh dasar-dasar utama seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, Strategi Pelaburan Hijau dan Strategi Semikonduktor Nasional – untuk membantu syarikat Malaysia meningkatkan kecekapan, menerapkan automasi, dan meningkatkan produktiviti secara keseluruhan; dan

-Meneroka pelbagai pendekatan untuk terus menyokong syarikat Malaysia, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dalam menyesuaikan diri dengan kadar asas tarif (‘baseline tariff) yang baharu.

Sejak Mac 2025, ekonomi global dihimpit pelbagai cabaran termasuk perubahan dasar perdagangan, ketidakpastian tarif, dan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat. Sebagai ekonomi perdagangan terbuka, prospek pertumbuhan Malaysia berkait rapat dengan risiko luaran ini. Walau bagaimanapun, MITI sentiasa menekankan bahawa Malaysia menghadapi risiko dan cabaran ini dari kedudukan yang kukuh dan berdaya tahan, memandangkan permintaan domestik kekal kukuh, berkat sokongan dasar berterusan serta reformasi industri dan ekonomi yang telah mengekalkan penglibatan swasta.

“MITI akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan untuk memaksimumkan peluang daripada kadar tarif terbaru ini, didorong oleh momentum kukuh berdasarkan kadar pelaksanaan secara konsisten melebihi 85% pelaburan yang diluluskan, projek infrastruktur yang sedang dilaksanakan serta inisiatif pembangunan negara yang berimpak besar. Kami kekal komited untuk mempertahankan kepentingan perdagangan Malaysia sambil memupuk perkongsian yang saling menguntungkan dengan pelbagai ekonomi utama, termasuk AS. Malaysia juga akan meneruskan strategi reformasi industri dan kepelbagaian pasaran bagi menyokong pertumbuhan negara,” sambung Tengku Zafrul.

MITI ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam proses rundingan, khususnya Perdana Menteri sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pejabat Perdana Menteri, pelbagai kementerian dan agensi, Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (AMCHAM), Majlis Perniagaan AS-ASEAN (USABC), serta wakil daripada badan pemikir dan industri. Mereka memainkan peranan penting dalam memuktamadkan tawaran terbaik Malaysia kepada AS. Dalam beberapa bulan akan datang, MITI serta kementerian dan agensi yang berkaitan akan menjalankan program jangkauan secara bersasar mengenai pelaksanaan kadar tarif yang baharu ini ke atas eksport Malaysia ke pasaran AS.

MITI bersedia untuk terus mengukuhkan hubungan perdagangan dan pelaburan timbal balik dengan AS, pasaran eksport terbesar Malaysia, bernilai RM198.65 bilion serta sumber terbesar pelaburan asing, dengan pelaburan diluluskan bernilai RM32.82 bilion pada tahun 2024.

Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri

Get real time updates directly on you device, subscribe now.