nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lawatan Agong ke Rusia, lembaran baharu hubungan dua hala

4 OGOS : Lawatan negara Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ke Rusia membuka lembaran baharu dalam hubungan dua hala antara kedua negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Sultan Ibrahim melakar sejarah sebagai Agong pertama yang ke negara itu sejak termetrainya hubungan diplomatik dengan Moscow.

“Lawatan ini amat bersejarah dan signifikan, menjadikan Seri Paduka Baginda sebagai Ketua Negara Malaysia pertama menjejakkan kaki ke Rusia bagi Lawatan Negara sejak hubungan diplomatik Malaysia-Rusia dimeterai pada tahun 1967.

“Ia melambangkan kedudukan Seri Paduka Baginda sebagai lambang perpaduan negara yang turut memainkan peranan strategik dalam memperkukuh hubungan antarabangsa Malaysia,” katanya.

Anwar berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mengiringi Sultan Ibrahim ke Istiadat Mengucap Selamat Berangkat Sempena Lawatan Negara ke Rusia di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, pagi tadi.

Sultan Ibrahim dijadual ke Rusia se hingga 10 Ogos ini atas jemputan rasmi Presidennya, Vladimir Putin.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menjangkakan lawatan itu akan merancakkan kerjasama strategik dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan dua hala, pelaburan, pendidikan tinggi, teknologi dan inovasi serta hubungan antara rakyat.

Katanya, Malaysia berpotensi menarik pelaburan serta teknologi baharu dari Rusia khususnya dalam sektor tenaga, aeroangkasa, pertahanan dan pertanian pintar sejajar dengan agenda Ekonomi MADANI yang menekankan daya saing, kemampanan dan kemakmuran bersama.

“Lebih penting, lawatan negara ini mengukuhkan peranan institusi diraja Malaysia sebagai pemacu diplomasi negara yang dihormati di peringkat antarabangsa, sekali gus memperteguh kedaulatan dan imej Malaysia sebagai negara yang berkecuali, terbuka dan progresif,” katanya.

Sebelum berangkat, baginda berkenan menerima tabik Hormat Diraja daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dan diiringi tembakan meriam sebanyak 21 das serta lagu Negaraku.

*FOTO : FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

Get real time updates directly on you device, subscribe now.