4 OGOS : Dua kapal selam nuklear sudah ditempatkan di ‘rantau yang sesuai’ selepas arahan dikeluarkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Kapal tersebut tiba di lokasi ditetapkan hanya dua hari selepas arahan tersebut.
“Saya keluarkan kenyataan dan jawapannya ialah kedua-dua kapal kini berada di rantau…di mana mereka sepatutnya berada,” kata Trump.
Pada Jumaat, Trump memaklumkan dua kapal selam itu diarah ke rantau yang sesuai susulan perselisihan pendapat dengan Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Rusia, Dmitry Medvedev yang juga bekas Presiden Rusia.
Pada 28 Julai, Trump memendekkan tempoh akhir yang diberikan kepada Moscow untuk menamatkan perang dengan Ukraine dari 50 hari kepada hanya ‘10 atau 12 hari’ kerana kecewa dengan ‘keengganan Moscow untuk berkompromi’.