nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

6 bekas MP Bersatu yang sokong PM masih pembangkang

6 OGOS : Enam bekas Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih bersatus pembangkang.

Perkara itu disahkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul kepada Dewan Rakyat, hari ini.

“Setakat yang saya tahu, enam orang ini masih lagi pembangkang. Sebab tidak ada satu ayat pun yang ditulis kepada saya bahawa mereka ini meninggalkan pembangkang untuk menyertai kerajaan.

“Jadi untuk itu, mereka masih di blok ini sebab itu saya tak pindahkan mereka. Bagi saya, mereka masih lagi ditakrifkan sebagai orang berhak bertanya dalam blok ini (pembangkang).

“Tidak adillah untuk katakan mereka ini satu pasukan berbeza. Tak boleh kata begitu. Bagi saya, selagi mana tidak ada hitam putih bahawa akan keluar dan sertai (kerajaan), tidak ada.

“Di mana kita nak ubah mereka? Jadi saya mengambil sikap bahawa mereka adalah sebahagian daripada pembangkang,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang membangkitkan status enam bekas ahli Parlimen Bersatu tersebut selepas tamat sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Rosol bertanyakan kedudukan enam ahli Parlimen berkenaan sama ada di pihak kerajaan, pembangkang atau atas pagar.

Enam ahli Parlimen tersebut adalah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

Dalam pada itu, Johari menegaskan penyataan sokongan secara lisan tidak terpakai di Dewan Rakyat, sebaliknya ia memerlukan pengesahan secara hitam putih.

“Mereka masih blok di sini (pembangkang). Menyatakan (sokongan) lisan satu hal lain tapi tidak ada pengesahan hitam putih bahawa mereka sebahagian daripada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) membangkitkan bahawa Syed Abu Hussin pernah menyatakan sokongan kepada Anwar ketika persidangan Dewan Rakyat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.