nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kematian Zara Qairina: Jangan sebar maklumat tidak disahkan

7 OGOS : Orang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan kandungan yang belum ditentusahkan berkaitan kematian pelajar, Zara Qairina Mahathir.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata orang ramai perlu waspada terhadap maklumat diterima di media sosial.

Beliau turut meminta Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (MCMC) bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membantu agar tiada gangguan dalam proses siasatan kes itu.

“Saya ambil maklum kenyataan yang dibuat oleh pihak AGC dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail. Kedua- dua telah memberi peringatan kerana banyak sebaran yang kita tidak boleh sahkan dan kita perlu serahkan kepada pihak berkuasa.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa sekiranya ada mana-mana pihak yang terlibat dalam kes ini, perlu dibawa dan dihadapkan ke muka pengadilan. Tidak ada sesiapa akan dilindungi.

“Kita perlu berwaspada supaya apa-apa maklumat yang kita terima melalui media sosial itu kadangkala tidak boleh disahkan, sama ada ia asli atau tidak.

“Peringatan saya, jangan menyebarkan kandungan yang tidak boleh disahkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Pentarama Homecoming Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025, hari ini.

Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata orang ramai juga perlu menaruh kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

“Kita serah kepada pihak berkuasa. Jabatan Peguam Negara juga telah memaklumkan beberapa perkara yang pihak PDRM perlu susuli sebelum kertas siasatan lengkap untuk diambil tindakan lanjut.

“Sekiranya ada mana- mana pihak yang bertanggungjawab, kita sudah pasti pihak berkuasa akan mengambil tindakan untuk bawa mereka ke muda pengadilan,” katanya.

Semalam, Mohd Khalid meminta orang ramai menghentikan tindakan memuat naik atau berkongsi maklumat yang tidak sahih berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu itu.

Menurutnya, peringatan itu dibuat susulan terdapat penyebaran maklumat serta gambar yang dikaitkan dengan kes tersebut oleh pihak tertentu di media sosial.

Pada 16 Julai lalu, Allahyarham Zara Qairina ditemui parah dan tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya sebelum disahkan meninggal dunia jam 11 pagi di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), Kota Kinabalu, keesokan harinya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.