nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Thailand-Kemboja sepakat patuhi gencatan senjata

7 OGOS : Thailand dan Kemboja sepakat untuk mematuhi sepenuhnya gencatan senjata yang dicapai sebelum ini tanpa sebarang bentuk serangan.

Perkara itu disahkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menerima kunjungan hormat wakil kedua-dua negara, hari ini.

“Alhamdulillah, kedua-dua negara turut mencapai beberapa persetujuan penting, termasuk komitmen untuk mematuhi sepenuhnya gencatan senjata tanpa sebarang bentuk serangan, tidak menambah kekuatan atau mengubah penempatan tentera, mengelak tindakan provokatif serta menjamin perlindungan terhadap orang awam dan infrastruktur awam.

“Insya-Allah, saya dan seluruh pasukan Malaysia akan terus berusaha menyokong proses damai ini atas kepercayaan dan keyakinan bahawa keamanan yang berkekalan hanya boleh dicapai melalui dialog, persahabatan dan keikhlasan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Kemboja, Jeneral Tea Seiha dan Pemangku Menteri Pertahanan Thailand, Jeneral Nattaphon Narkphanit bersama delegasi masing-masing di Perdana Putra, pagi tadi.

Menurut Anwar, beliau amat menghargai keyakinan diberi Thailand dan Kemboja kepada Malaysia untuk terus menerajui rundingan damai itu.

“Pertemuan ini amat bermakna kerana kami mencapai kesepakatan penting untuk meneruskan dialog dan mengekalkan gencatan senjata di sempadan Thailand–Kemboja yang bermula sejak 28 Julai lalu.

“Ia mencerminkan iltizam bersama untuk menjunjung keamanan dan kestabilan serantau yang amat mustahak dalam landskap geopolitik hari ini.

“Saya menghargai keyakinan yang diberikan oleh Thailand dan Kemboja kepada Malaysia untuk terus menerajui rundingan damai dan memantau situasi di sempadan, khususnya melalui peranan penting Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar,” katanya.

Selain itu kata Anwar, dalam pertemuan itu turut disentuh soal cadangan penempatan pasukan ASEAN Observer Team (AOT) bagi membantu usaha pemantauan, bantuan kemanusiaan serta pengurusan perubatan di kawasan sempadan.

*FOTO : PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

Sebelum ini, Malaysia memainkan peranan utama dalam menokhtahkan konflik antara Thailand dan Kemboja di sempadan.

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.