nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Usaha perangi dadah gagal, perlu strategi baharu

11 OGOS : Kerajaan perlu mengakui usaha memerangi dadah di negara ini masih gagal untuk menangani penyalahgunaan najis berkenaan dalam kalangan rakyat meski sudah berbelanja puluhan bilion ringgit.

Justeru itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata negara ini memerlukan strategi baharu lebih-lebih lagi dengan trend penyalahguaan yang kian meningkat termasuk penggunaan dadah jenis sintetik dan modus operandi pengedaran melalui media sosial.

“Kerajaan telah berbelanja lebih RM50 bilion untuk melakukan pencegahan, penguatkuasaan dan rawatan namun kesannya penyalahgunaan dadah tetap meningkat.

“Kita harus mengakui kegagalan ini … ketepikan perbezaan antara kita untuk memastikan bahawa biarpun negara tidak boleh 100 peratus bebas daripada penyalahgunaan dadah, tetapi tidak mustahil jika kita berjaya mengurangkannya ke tahap yang paling minimum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap bagi merasmikan Perhimpunan Agung Dwitahunan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Kebangsaan Ke-46, malam tadi.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata angka dalam laporan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang diterima juga lebih membimbangkan apabila 68 peratus individu terlibat dalam kalangan belia berusia antara 19 hingga 39 tahun termasuk golongan profesional.

Menurut Ahmad Zahid, PEMADAM perlu melaksanakan komunikasi dua hala dengan golongan sasar dalam usaha menurunkan angka penglibatan golongan berkenaan.

“Dari segi jangka panjang, situasi ini akan menurunkan produktiviti apatah lagi aset negara …tenaga kerja muda ini diperlukan bagi memberikan sumbangan dalam semua sektor di negara ini,” katanya.

“Bukan sekadar memberi syarahan, tetapi juga menjadi pendengar yang memahami. Bukan hanya mendidik, tetapi turut menyelami emosi anak muda.

“Kita tidak hanya boleh bergantung pada pendekatan lama melalui ceramah dan pengedaran risalah, tetapi kita mesti menggunakan pendekatan komunikasi melalui teknologi digital,” katanya.

Selain itu, beliau turut mencadangkan PEMADAM mewujudkan pasukan komunikasi digital bagi setiap negeri, memperkasakan modul latihan dan advokasi untuk sukarelawan.

Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata PEMADAM juga perlu membangunkan sebuah portal maklumat bersepadu dan aplikasi pintar.

Beliau menegaskan kerajaan akan terus menyokong PEMADAM melalui dasar holistik, intervensi berkesan dan kerjasama erat antara agensi Kerajaan, pertubuhan masyarakat dan sektor swasta meliputi pendidikan awal, penguatkuasaan undang-undang, rawatan, pemulihan serta integrasi semula bekas penagih.

“Saya berharap PEMADAM akan terus menjadi peneraju gerakan masyarakat dalan membanteras penyalahgunaan dadah, sekali gus memberikan kesedaran kepada generasi muda agar sentiasa berwaspada dan menjauhi gejala ini.

“Insya-Allah, kita mampu membina Malaysia yang bebas dadah, selamat dan sejahtera untuk diwariskan kepada generasi akan datang,” katanya.

*FOTO : FACEBOOK ZAHID HAMIDI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.