nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia-Bangladesh teroka kerjasama baharu

12 OGOS : Malaysia dan Bangladesh meneroka kerjasama baharu bagi memperkukuh hubungan strategik kedua-dua negara.

Ia susulan lawatan Ketua Penasihat Kerajaan Bangladesh, Profesor Dr Muhammad Yunus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelbagai bidang utama dibincangkan termasuk perdagangan dan pelaburan, tenaga kerja dan pendidikan dalam mesyuarat dua hala dengan delegasi Bangladesh, hari ini.

“Kami kemudiannya mengetuai delegasi negara masing-masing dalam mesyuarat dua hala yang penuh makna, bagi menilai kemajuan hubungan Malaysia dan Bangladesh selain meneroka bentuk kerjasama baharu yang dapat memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua negara.

“Perbincangan mencakupi pelbagai bidang utama termasuk perdagangan dan pelaburan, tenaga kerja, pendidikan, pelancongan, pertahanan serta pengukuhan kerjasama dalam ekosistem halal dan pertukaran budaya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mengetuai delegasi Malaysia dalam mesyuarat dua hala tersebut.

Dalam pada itu, Anwar berkata beliau sempat menzahirkan penghargaan pada sokongan konsisten Bangladesh terhadap isu-isu kemanusiaan khususnya terkait pelarian Rohingya.

Selain itu, Muhammad Yunus dan Anwar turut menyaksikan pertukaran beberapa dokumen penting yang bakal membuka lembaran baharu hubungan dua hala merangkumi bidang pertahanan, ekosistem halal, gas asli cecair (LNG), pendidikan tinggi serta kerjasama strategik antara institusi penyelidikan dan komuniti perniagaan kedua-dua negara.

“Saya percaya hubungan akrab Malaysia dan Bangladesh ini akan terus terjalin berteraskan hormat, kepercayaan, dan komitmen jitu untuk membawa kemajuan bersama, bukan sahaja demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara, malah demi keamanan, kestabilan dan kemakmuran rantau ini,” katanya.

Terdahulu, Muhammad Yunus diberi sambutan rasmi termasuk pemeriksaan kawalan kehormatan oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja.

Anwar menyifatkan lawatan itu bukan sekadar memperkukuh persahabatan dua negara tetapi juga membuka lembaran baharu kerjasama strategik demi kesejahteraan rakyat Malaysia dan Bangladesh.

*FOTO : PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.