nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kematian pelatih Palapes, tiada unsur penderaan dikesan

13 OGOS : Tiada sebarang unsur penderaan dikesan dalam kematian melibatkan seorang pelatih kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Syamsul Haris Shamsudin.

Perkara itu disahkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sekali gus menolak dakwaan berkait kematian pelajar berusia 22 tahun itu.

Menurut Khaled, hasil siasatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), semua saksi termasuk pegawai dan jurulatih yang terlibat dalam latihan itu menafikan berlakunya sebarang bentuk penderaan terhadap mangsa.

“Insiden ini berlaku ketika latihan di Pusat Latihan Tentera Darat (Pulada) yang dijalankan dari 27 Julai hingga 2 Ogos. Allahyarham baru sehari memasuki kem latihan sebelum meninggal dunia pada 28 Julai.

“Keterangan saksi, sama ada daripada pegawai Palapes mahupun kadet lain, menyatakan tiada perlakuan atau tindakan berbentuk penderaan sepanjang latihan.

“Jurulatih yang mengendalikan latihan juga mematuhi sepenuhnya arahan, garis panduan dan prosedur yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Tahun 2025 di Wisma Perwira di ibu negara, hari ini.

Sebelum ini, ibu Allahyarham Syamsul, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45 menuntut siasatan semula terhadap kes kematian anaknya yang didakwa memiliki pelbagai kesan kecederaan pada jenazah.

Ummu mendakwa tanda pada dada arwah ketika ditemui di unit forensik seolah-olah kesan dipukul atau dicucuk menggunakan objek selain pendarahan teruk dari hidung.

Dalam pada itu, Khaled memaklumkan bedah siasat yang dijalankan pihak Hospital Kota Tinggi tidak menemui sebarang kesan kecederaan dan ia turut disokong dengan hasil siasatan pihak polis.

“Petugas perubatan tentera yang hadir semasa kejadian mengesahkan semua bantuan awal diberikan mengikut prosedur operasi standard (SOP).

“Punca kematian sebenar hanya akan diketahui dalam tempoh sebulan atau dua bulan selepas laporan perubatan lengkap dikeluarkan,” katanya.

Selain itu, Khaled sempat mengingatkan agar insiden tersebut tidak dikaitkan dengan kes kematian di Sabah melibatkan seorang pelajar sekolah.

Khaled menegaskan pihaknya bersedia untuk memberi kerjasama penuh sekiranya terdapat sebarang petunjuk wujudnya unsur jenayah atau penderaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.