nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PDRM mohon inkues untuk tentukan punca sebenar kematian Zara

13 OGOS : Polis akan memohon proses inkues kepada koroner untuk menentukan punca sebenar kematian pelajar, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, seawal minggu depan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk M Kumar berkata punca kematian Zara sudah diketahui iaitu kecederaan akibat terjatuh.

Katanya, keputusan bedah siasat pada 10 Ogos lalu itu konsisten dengan diagnosis awal yang mendapati kecederaan akibat kekurangan oksigen dan aliran darah ke otak.

Menurutnya, proses inkues dijangka dapat menentukan punca sebenar insiden yang membawa kepada kematian pelajar SMKA Tun Datu Mustapha itu.

“Punca kematian kita dah tahu, injury due to a fall. Tetapi apa yang mengakibatkan adik Zara jatuh? Jadi untuk memberi pencerahan, mendapat kebenaran terhadap persoalan ini, maka inkues perlu dibuat.

“Selain inkues, siasatan pihak Pasukan Petugas Khas JSJ Bukit Aman akan menjurus ke arah elemen lain terutamanya dari sudut jenayah.

“Jadi apabila inkues berjalan, siasatan selari untuk dedahatauuntuk mengeluarkan buktike arah kejadian jenayah,” katanya pada sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.

Dalam pada itu kata Kumar, JSJ juga akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Awal hari ini, AGC juga memutuskan agar inkues dijalankan dalam kes kematian pelajar itu selaras dengan peruntukan subseksyen 339 (1) Kanun Tatacara Jenayah (Akta 59).

Mengulas lanjut, Kumar berkata hasil siasatan pasukan petugas khas mendapati pegawai penyiasat kes itu juga tidak patuh kepada prosedur siasatan apabila tidak membuat permohonan untuk prosedur bedah siasat (post-mortem).

“Itu jelas dalam siasatan Task Force dan saya beri jaminan tindakan tegas akan diambil terhadap pegawai penyiasat tersebut dan ketua bahagiannya kerana tiada pendirian.

“Bagaimanapun, saya perlu dedahkan bahawa terdapat persetujuan atau permohonan daripada ibu mangsa yang mohon supaya bedah siasat tak dibuat dan ini direkodkan dengan tandatangan ibu mangsa dalam satu surat atau dokumen pihak hospital. Dokumen itu juga ditandatangani doktor patologis dan pegawai penyiasat.

“Pada peringkat awal, as of now, mak (Zara) meminta supaya tidak perlu dibuat bedah siasat. Bagaimanapun proses itu diperlukan dalam undang-undang untuk menentukan punca kematian sebenar. Doktor ada cara untuk menentukan punca kematian, pertamanya melalui luaran dengan memeriksa kecederaan, dan satu lagi melalui dalaman iaitu pembedahan.

“Jika wujud sebarang keraguan, undang-undang mengatasi kemahuan (waris) dan pegawai penyiasat itu dibekalkan dengan undang-undang melalui Kanun Tatacara Jenayah untuk mohon proses bedah siasat,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.