nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Insentif RM75 juta bantu penjawat awam tingkat kelayakan akademik

15 OGOS: Seramai 91,672 penjawat awam bakal menerima insentif kewangan sebagai pengiktirafan pencapaian akademik yang membabitkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM75.7 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata inisiatif itu sebagai penghargaan kepada penjawat awam yang berusaha meningkatkan kelayakan akademik tanpa bergantung kepada pembiayaan kerajaan.

“Ramai penjawat awam mengambil inisiatif sendiri untuk melanjutkan pelajaran termasuk mengikuti kursus, memperoleh diploma serta kelayakan lain.

“Sebagai penghargaan, hadiah pengiktirafan akademik berbentuk insentif kewangan akan diberikan kepada penjawat awam dalam kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana yang memulakan serta menamatkan pengajian serta kelayakan akademik lebih tinggi.

“Kadar insentif ditetapkan RM1,250 bagi Ijazah Kedoktoran, RM1,000 untuk Ijazah Sarjana, RM750 bagi Ijazah Sarjana Muda dan RM500 untuk Diploma atau kelayakan setaraf,”katanya.

Beliau berkata demikian  pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam kali ke-20 (MAPPA XX) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Turut hadir kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Dalam ucapannya, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut memaklumkan kerajaan mengambil langkah memansuhkan syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi kelulusan cuti haji untuk penjawat awam yang dilantik secara tetap.

Selain itu, beliau berkata kerajaan akan memperluaskan kelayakan masuk dan insentif bagi anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Katanya, langkah itu susulan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Fasa 1 yang mendedahkan keperluan menambah baik skim sedia ada termasuk meluaskan peluang kemasukan.

“Susulan pelaksanaan SSPA Fasa 1, kita lihat ada isu kelayakan masuk bagi skim perkhidmatan Askar-Lasykar Angkatan Tetap ATM.

“Sehubungan itu, kerajaan bersetuju memperluaskan tujuh kelayakan masuk pelbagai skim melibatkan gred Z1 bagi tugas khusus seperti teras perubatan, teras agama dan teras kejuruteraan,” katanya.

Mengulas pemberian insentif berasaskan prestasi Bayaran Insentif Prestasi Saraan (BIPS), Perdana Menteri berkata ia akan  diperluas kepada anggota ATM berpangkat Sarjan setaraf gred Z4 dan Staf Sarjan setaraf gred Z5 yang dijangka akan memberi manfaat kepada 3,789 anggota.

“Sebelum ini ia hanya terhad kepada Pegawai Waran II setaraf gred Z6 dan Pegawai Waran I setaraf gred Z7 dengan syarat tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya enam tahun di gred semasa.

“Bagi anggota Laskar Pertahanan Awam Tetap Negara (LPATN) gred Z4 hingga Z7, tempoh kelayakan BIPS dipendekkan daripada enam tahun kepada empat tahun,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Anwar memaklumkan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) akan terus diperkasa bagi memastikan peranannya berkembang selaras tuntutan semasa.

Katanya, ia sekali gus mengekalkan kedudukannya sebagai pusat rujukan kecemerlangan perkhidmatan awam di peringkat Asia dan global.

“Bagi tujuan itu, peruntukan tambahan sebanyak RM3 juta disalurkan bagi meningkatkan kemudahan, modul latihan dan program pembangunan kepimpinan agar lebih relevan dengan keperluan masa kini,” katanya.

Selain itu, Anwar berkata program APEL.Q@INTAN yang membolehkan penjawat awam berpengalaman mendapatkan pengiktirafan kelayakan akademik secara formal akan diteruskan pada 2026 dengan peruntukan RM1.5 juta.

Melalui inisiatif ini, kerajaan menanggung sehingga 50 peratus kos pengajian yang memberi peluang kepada lebih ramai pegawai meningkatkan kelayakan akademik mereka tanpa menanggung beban kewangan yang besar.

Majlis yang bertemakan ‘Perkhidmatan Awam Madani Teras Kecemerlangan’ itu dianggarkan dihadiri lebih daripada 7,000 penjawat awam bagi tujuan memperkukuhkan semangat dan komitmen penjawat awam dalam menjalankan tugas sebagai tonggak utama pembangunan negara.

Turut diadakan sempena MAPPA XX ialah forum Cakna Inspirasi MAPPA XX yang membincangkan topik media sosial dan kemerdekaan pada 2.30 petang.

Sebanyak 43 reruai melibatkan kementerian, agensi dan jabatan kerajaan turut dibuka bermula 9 pagi hingga 5 petang termasuk kaunter pengurangan kompaun dan saman oleh polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta tawaran peluang kemasukan ke institut pengajian tinggi.

OLEH: AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.