nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pertumbuhan ekonomi kekal 4.4% pada suku kedua 2025

KENYATAAN MEDIA

KEMENTERIAN KEWANGAN

Permintaan domestik yang kukuh telah menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia dalam ketidaktentuan perdagangan global dan geopolitik dunia, mengekalkan pertumbuhan pada kadar 4.4% bagi Suku Kedua 2025 (S2 2025). Ini meletakkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi Separuh Pertama 2025 pada 4.4% (Separuh Pertama 2024: 5%), menepati ambang unjuran rasmi 4% hingga 4.8%.

Permintaan domestik meningkat 7% pada S2 2025, mengatasi pertumbuhan 6% yang dicatat pada suku sebelumnya. Peningkatan ini dipacu oleh perbelanjaan isi rumah yang rancak, pasaran buruh yang kukuh, inflasi yang mendatar, serta pelaburan sektor swasta yang memberangsangkan.

Dari segi penawaran, pertumbuhan pada suku ini disokong oleh prestasi berdaya tahan sektor perkhidmatan (5.1%) dan pembuatan (3.7%). Sektor perkhidmatan menerima limpahan daripada peningkatan perbelanjaan pengguna dan aktiviti pelancongan yang rancak, manakala pertumbuhan sektor pembuatan terus disokong oleh pengembangan berterusan dalam industri berorientasikan eksport dan domestik.

“Meskipun ekonomi global berdepan dengan ketidaktentuan, prestasi Malaysia pada Separuh Pertama 2025 membuktikan bahawa dasar-dasar di bawah kerangka Ekonomi MADANI sedang membuahkan hasil untuk negara dan rakyat khususnya. Kadar pengangguran susut kepada 3% berbanding 3.1% pada suku sebelumnya, manakala inflasi keseluruhan menyederhana kepada 1.3% berbanding 1.5% pada suku sebelumnya menggambarkan prospek ekonomi Malaysia yang menggalakkan,” kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

“Pengukuhan ringgit sebanyak 5.3% berbanding dolar AS pada S2 2025, menjadikannya antara mata wang berprestasi terbaik di Asia seterusnya mencerminkan keyakinan pelabur terhadap pengurusan ekonomi dan fiskal negara. Justeru, Kerajaan MADANI akan terus komited dalam mengurangkan defisit fiskal kepada 3.8% pada 2025,” tambah beliau.

Memperkukuh asas domestik menerusi Belanjawan 2026

Melangkah ke hadapan, langkah tarif yang diumumkan baru-baru ini menimbulkan cabaran baharu kepada industri terlibat. Sehubungan itu, Kerajaan MADANI giat memantau potensi impak perkembangan ini dan kekal komited untuk menyediakan sokongan bersasar bagi melindungi daya saing serta meminimumkan gangguan perdagangan. Langkah ini, bersama-sama dengan reformasi struktural yang lebih meluas, telah menyokong momentum pertumbuhan yang stabil dan menyeluruh pada suku ini.

Berpandukan kerangka Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang baru diumumkan, Kementerian Kewangan sedang merangka Belanjawan 2026 melalui sesi libat urus komprehensif bersama pihak berkepentingan di pelbagai sektor dan negeri. Seperti yang dinyatakan dalam Kenyataan Pra-Belanjawan 2026 yang dikeluarkan baru-baru ini, keutamaan akan diberikan kepada pelaksanaan langkah reformasi ekonomi dan struktural bagi memastikan manfaat pertumbuhan dapat dinikmati secara saksama dan mampan oleh rakyat. Usaha-usaha ini penting untuk mengukuhkan asas ekonomi serta memastikan Malaysia kekal tangkas dan berdaya tahan dalam persekitaran global yang dinamik.

Kementerian Kewangan

Get real time updates directly on you device, subscribe now.