nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Semua pihak terlibat pasang bendera terbalik perlu dikenakan tindakan

16 OGOS : Semua pihak terlibat dalam insiden pemasangan Jalur Gemilang terbalik di Pulau Pinang perlu dikenakan tindakan mengikut undang-undang.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tindakan itu tidak sepatutnya tertumpu kepada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh semata-mata.

“Apa jua dalam dunia ini, setiap tindakan akan ada reaksi. Kita tidak mahu perkara ini menjadi satu saingan luar kawalan.

“Saya harap semua pihak bertenang. Dr Akmal telah dipanggil oleh pihak polis untuk memberi keterangan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Rembau, hari ini.

Menteri Luar itu berkata penglibatan Akmal dalam perarakan di Kepala Batas, Pulau Pinang Khamis lalu bukan untuk mencetuskan huru-hara sebaliknya dengan misi damai namun diprovokasi.

Dalam pada itu, beliau menegaskan semua pihak wajib menghormati peraturan sedia ada dan tindakan undang-undang perlu dikuat kuasa tanpa memilih bulu.

“Undang-undang berkenaan pemasangan bendera telah pun ada. Jika ada pihak yang memasang bendera secara tidak betul, tindakan sepatutnya diambil.

“Kita tidak boleh hanya ambil tindakan terhadap satu pihak, sedangkan yang lain dibiarkan. Kalau Pemuda (UMNO) perlu bertindak sendiri, maka apa gunanya kita ada agensi penguatkuasaan?” katanya.

Beliau turut menggesa pemimpin DAP menasihati DAPSY agar lebih rasional dan tidak bertindak melulu yang akhirnya boleh menggugat kestabilan negara.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.