18 OGOS : Israel digegarkan dengan laungan ribuan penunjuk perasaan yang mendesak pentadbiran Benjamin Netanyanu menghentikan perangan di Gaza.
Penunjuk perasaan turut mendesak satu perjanjian dicapai untuk membebaskan tebusan yang masih ditahan.
Bantahan itu diadakan selepas Kabinet Keselamatan Israel meluluskan rancangan menawan Bandar Gaza yang dikecam seluruh dunia.
Di Tel Aviv, ribuan bendera Israel berkibar dengan wajah-wajah baki tebusan tertera padanya.
Penunjuk perasaan turut menyekat beberapa laluan utama termasuk lebuh raya yang menghubungkan Tel AvivSAZ-Baitulmaqdis dengan membakar tayar hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Penganjur demonstrasi bersama Forum Keluarga Tebusan dan Hilang turut menyeru mogok umum pada Ahad iaitu hari pertama minggu bekerja di Israel.
Forum Keluarga Tebusan dalam kenyataannya menegaskan bantahan itu bertujuan ‘menghentikan seluruh negara hari ini dengan satu seruan jelas: Pulangkan 50 tebusan, hentikan perang’.