Keadilan terus diperjuang untuk rakyat tanpa kira latar belakang

20 OGOS : Kerajaan akan terus memperjuangkan keadilan untuk semua rakyat tanpa mengira latar belakang dan kaum.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen itu ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan, hari ini.
Menurut Anwar yang juga Menteri Kewangan, setiap pendekatan yang dilakukan mestilah adil dan mengambil kita keperluan rakyat.
“Kerajaan akan terus mendengar dan meneliti setiap pandangan menerusi dialog berterusan.
“Kalau kita nak selamatkan negara, kena jamin, tentunya keadilan bagi yang majoriti dan minoriti.
“Kita tidak mahu tyranny (kezaliman) of the majority, kita tidak mahu tyranny of the minority. Pendekatan itu harus lebih adil,” katanya.
Selain itu, beliau turut memaklumkan kerajaan mendengar pandangan semua pihak dan membaiki kelemahan Belanjawan 2026 mengikut kesesuaian.
“Apa-apa kelemahan kita baiki dalam belanjawan. Kita sekarang dengar semua pandangan, dalam belanjawan kita akan ubah suai dan perbaiki.
“Tidak semestinya apa yang kita lakukan semua sempurna…ada kelemahan. Sebab itu dialog mesti diteruskan,” katanya.