nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Semakan kelayakan Penghargaan SARA boleh dibuat mulai hari ini

21 OGOS : Orang ramai boleh membuat semakan kelayakan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bermula hari ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata semakan tersebut boleh dibuat melalui Portal Rasmi SARA, https://sara.gov.my.

“Mulai hari ini, seramai 22 juta pemegang MyKad warganegara Malaysia boleh menyemak kelayakan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di Portal Rasmi SARA, https://sara.gov.my .

“Penerima juga boleh merujuk kepada soalan lazim (FAQ) dan maklumat lanjut seperti senarai kedai mengikut bandar dan panduan membeli barangan SARA di portal berkenaan,” menurut kementerian itu.

Bulan lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan SARA RM100 tersebut ketika menyampaikan Ucapan Penghargaan Kepada Rakyat.

Bantuan itu akan disalurkan ke dalam MyKad penerima mulai 31 Ogos 2025 sempena Hari Kebangsaan yang boleh dimanfaatkan sehingga 31 Disember 2025.

Kementerian memaklumkan setiap pemegang MyKad warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang lahir pada tahun 2007 dan sebelum akan menerima bantuan ini termasuk penerima SARA sedia ada.

“Penghargaan SARA merupakan usaha ikhlas Kerajaan MADANI yang julung kalinya memanjangkan bantuan tunai kepada seluruh warganegara dewasa untuk mengagihkan hasil reformasi kewangan awam kepada rakyat sejagat,” kata Anwar.

Dalam pada itu, bagi memastikan limpahan negara ini dapat dimanfaatkan sebaiknya secara saksama, baki Penghargaan SARA yang tidak dibelanjakan di hujung tahun akan diagihkan semula kepada golongan rentan melalui program Kerajaan MADANI yang akan diputuskan kelak.

“Penerima juga boleh memilih untuk menggunakan bantuan ini dengan membeli barangan keperluan asas dan menyumbang semula kepada mereka yang memerlukan sebagai contoh, pembelian barangan asas sebagai derma kepada NGO, tempat ibadat dan sebagainya,” menurut kementerian itu lagi.

Selain itu, kementerian turut mengingatkan bahawa bantuan ini tidak memerlukan sebarang pendaftaran atau permohonan memandangkan kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data pemegang MyKad Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Oleh yang demikian, orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan sebarang tipu helah atau scammer, memandangkan bantuan Penghargaan SARA akan disalurkan secara langsung kepada MyKad penerima,” menurut kementerian itu.

Penerima boleh menggunakan bantuan itu di lebih 7,300 premis runcit yang berdaftar dan akan bertambah dari semasa ke semasa melibatkan lebih 100,000 barangan keperluan dalam 14 kategori termasuk makanan asas seperti beras dan telur, kebersihan rumah, ubat-ubatan, keperluan sekolah serta kebersihan diri.

Kata kementerian, secara kolektif, sesebuah isi rumah berpeluang menerima jumlah kredit Penghargaan SARA yang lebih tinggi sebagai contoh, sebuah keluarga yang terdiri daripada sepasang suami isteri dan dua anak berumur 18 tahun dan ke atas akan menerima jumlah keseluruhan RM400.

Dengan pelaksanaan program Penghargaan SARA, jumlah keseluruhan peruntukan di bawah program STR dan SARA telah meningkat daripada RM13 bilion kepada RM15 bilion bagi tahun 2025, 50 peratus lebih tinggi daripada RM10 bilion pada tahun lalu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.