nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

LRA Langat 2 bukti kebolehan jurutera tempatan

22 OGOS : Kepakaran kejuruteraan tempatan dibuktikan berkebolehan dengan kejayaan pelaksanaan projek Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2.

Justeru itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata tumpuan perlu diberi untuk meningkatkan pembangunan kajian bagi menghasilkan produk, teknologi dan juga sistem dengan menggunakan kepakaran tempatan sepenuhnya.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata usaha itu penting untuk menyelesaikan isu perubahan iklim dan cuaca tidak menentu bagi mengurangkan kesan bencana alam.

Namun katanya, masih banyak perkara yang perlu dilakukan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara pencipta dan bukan lagi pengguna.

“Apakah cabaran yang bakal kita hadapi pada masa hadapan dan sedang kita hadapi? Apakah keperluan yang ada pada kita dan jurutera? Bagaimana kita nak mencorak, pertama sekali dengan cabaran cuaca yang tidak menentu dan perubahan iklim?

“Kita melihat hujan makin lebat, ribut taufan tidak menentu waktu ini. Malah sekarang ini dalam konteks PETRA dengan keadaan tidak menentu, air yang terlalu banyak akan datang banjir, pelbagai bencana.

“Ada waktu pula tak ada air, walaupun banyak sungai. Jadi ini semua bakal kita hadapi dan ia menjadi peranan semua jurutera…bagaimana kita hendak menghadapi krisis ini dan pastikan negara kita akan dapat mendepani segala cabaran ini?” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penganugerahan dan Penghargaan Lembaga Jurutera Malaysia 2025, hari ini.

Selain itu, Fadillah turut menekankan kepentingan menguasai teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam pembangunan sistem.

“Bagaimana kita hendak gunakan AI untuk penyelesaian kepada permasalahan yang kita hadapi dan mencipta rekaan yang lebih mampu dibiayai. Ini yang kita perlu ada. Sebuah inovasi yang perlu kita kuasai.

“Saya percaya lembaga jurutera boleh memainkan peranan ini termasuk melahirkan jurutera muda. Sudah 200 lebih jurutera yang mendaftar dan difahamkan kira-kira 15,000 jurutera muda mendaftar dengan lembaga,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.