nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Larangan terbangkan dron di Dataran Putrajaya

23 OGOS : Polis mengeluarkan larangan menerbangkan dron sepanjang persiapan dan sambutan Hari Kebangsaan 2025 bermula Isnin depan hingga 31 Ogos di Dataran Putrajaya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata mana-mana pihak yang ingkar akan berdepan tindakan tegas arahan larangan itu.

“Polis ingin menegaskan bahawa Putrajaya adalah kawasan larangan menerbangkan dron. Justeru, orang ramai diingatkan agar tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan dari pihak berkuasa semasa persiapan dan sambutan Hari Kebangsaan 2025 diadakan.

“Tindakan tegas akan diambil ke atas pihak yang ingkar kepada arahan larangan selaras dengan peruntukkan peraturan 143 (peraturan penerbangan awam 2016) dan juga boleh dikenakan tindakan mengikut seksyen 206 (3) peraturan penerbangan awam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, Aidi Sham turut memaklumkan pelaksanaan tembakan meriam oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menurutnya tembakan dua das meriam akan dilakukan pada hari raptai penuh 29 Ogos jam 8 pagi di tapak bazar Ramadan Putrajaya

Sementara itu pada hari acara, 31 ogos 2025, Ahad ini pada jam 8 pagi sebanyak 14 das tembakan akan dilepaskan.

“Penduduk di putrajaya dan sekitarnya dinasihatkan agar tidak panik atau cemas apabila terdengar tembakan meriam yang merupakan salah satu pengisian dalam majlis sambutan,” katanya.

Dalam pada itu, pihaknya turutmenasihatkan orang ramai agar merancang perjalanan lebih awal sekiranya ingin menghadiri sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya.

“Orang ramai digalakkan menggunakan kemudahan pengangkutan alternatif yang disediakan oleh pihak penganjur seperti ‘shuttle bus’ dan ‘water taxi’ untuk keselesaan serta menjimatkan masa perjalanan.

“Pada masa yang sama akan membantu mengurangkan kesesakan jalan raya,” katanya.

Sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline Polis Putrajaya melalui talian 03-8886 2222 atau ke mana-mana balai polis yang berhampiran.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.