nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

JENDELA Fasa 2 diumum suku keempat 2025

26 OGOS : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengumumkan projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 2 pada suku keempat 2025.

Kementerian Komunikasi memaklumkan perkara itu melalui jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.

“Dalam meningkatkan kualiti capaian Internet di kawasan luar bandar, MCMC telah merangka penyelesaian tambahan penyediaan perkhidmatan Internet bagi kawasan berpenduduk yang masih belum mendapat perkhidmatan Internet melalui Pelan JENDELA Fasa 2.

“Perancangan untuk Pelan JENDELA Fasa 2 sedang diteliti dan akan diumumkan pada suku keempat 2025 oleh MCMC,” kata kementerian itu bagi menjawab soalan dibangkitkan Hassan Saad (PN-Baling).

Mengulas lanjut, Kementerian Komunikasi berkata melalui gabungan peluasan liputan di bawah inisiatif JENDELA, pembangunan rangkaian 5G, penyediaan Point of Presence (PoP) gentian optik serta penguatkuasaan MSQoS diyakini capaian dan kualiti perkhidmatan Internet di kawasan luar bandar, termasuk di Parlimen Baling akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa dan dapat menikmati perkhidmatan yang berkualiti dan inklusif.

Menjawab soalan berkait Parlimen Baling, kementerian memaklumkan setakat 31 Julai kadar liputan di kawasan berpenduduk di Kedah sudah mencatatkan 99.96% manakala bagi kawasan Parlimen Baling 99.91%.

Sementara itu, bagi liputan 5G, Digital Nasional Berhad sudah menyiapkan sejumlah 7,489 tapak pemancar 5G yang secara keseluruhan telah menyediakan 82.4% liputan 5G dalam kawasan berpenduduk.

“Di kawasan Parlimen Baling, sebanyak 13 tapak pemancar 5G telah dibina yang memberikan liputan 5G di kawasan berpenduduk sebanyak 54.3%. Bagi rangkaian 5G kedua yang dibangunkan oleh U Mobile Sdn Bhd pula, sebanyak 1,232 tapak telah dinaik taraf kepada liputan 5G, sejak mula beroperasi pada 14 Julai 2025.

“Bagi kawasan Parlimen Baling, U Mobile merancang untuk menaik taraf dua tapak kepada liputan 5G dalam tahun pertama pelaksanaan rangkaian tersebut. Setakat 31 Julai 2025, jumlah langganan 5G telah melebihi 28 juta pengguna dan kadar penembusan jalur lebar mudah alih 5G bagi 100 penduduk adalah 82.7%,” kata kementerian itu.

Sementara di bawah pelaksanaan inisiatif Pelan JENDELA di negeri Kedah, sebanyak 196 daripada 204 menara komunikasi baharu siap dan beroperasi, 2,735 daripada 2,754 stesen pemancar sudah dinaik taraf, 216,658 daripada 233,678 premis tersedia dengan capaian gentian optik.

“Bagi Parlimen Baling pula, sebanyak 32 daripada 36 menara komunikasi baharu telah siap dan beroperasi, sebanyak 174 daripada 177 stesen pemancar yang dirancang telah dinaik taraf, sebanyak 17,430 daripada 22,338 premis telah tersedia dengan capaian gentian optik.

“Baki inisiatif yang sedang dalam pelaksanaan dijangka siap secara berperingkat menjelang penghujung tahun 2025,” kata kementerian itu.

Hassan meminta Menteri Komunikasi menyatakan langkah segera Kementerian dalam meningkatkan kualiti capaian Internet di kawasan luar bandar seperti Baling memandangkan masih terdapat banyak kawasan yang menghadapi masalah liputan lemah seiring dengan pelaksanaan MyDigital ID dan peluasan rangkaian 5G kedua yang dilaporkan mengalami kelewatan.

Selain itu, kerajaan turut melaksanakan penyediaan infrastruktur jalur lebar menggunakan kaedah PoP hab gentian optik di mana sehingga 14 Julai, sebanyak 57 PoP telah berjaya disiapkan sepenuhnya bagi Fasa 1 manakala 123 PoP daripada 313 PoP bagi Fasa 2 telah berjaya disiapkan di Kedah.

Ini menjadikan 21,457 premis telah tersedia dengan sambungan gentian optik dengan kelajuan sehingga 1Gbps untuk dilanggan oleh komuniti setempat, menurut jawapan itu.

Selain pembangunan infrastruktur, aspek kualiti perkhidmatan turut diberi perhatian di mana setakat ini MCMC menjalankan audit di 2781 lokasi di seluruh Malaysia.

*Foto: Jabatan Penerangan Negeri Johor

Get real time updates directly on you device, subscribe now.