26 OGOS : Penggunaan vaksin Ixchiq bagi menangani virus chikungunya dilarang selepas terdapat beberapa laporan kesan sampingan serius.
Ia susulan tindakan pihak berkuasa kesihatan AS menggantung lesen penggunaan vaksin keluaran syarikat farmaseutikal Perancis, Valneva.
Ixchiq sebelum ini merupakan salah satu vaksin yang diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS (FDA) bagi menangani virus chikungunya.
Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) membuat semakan lanjut selepas mendapat laporan berkait kesan sampingan tersebut terutama dalam kalangan warga emas.
FDA dilaporkan menerima empat laporan tambahan kesan sampingan serius dengan tiga daripadanya melibatkan pesakit berusia antara 70 hingga 82 tahun.
Gejala chikungunya hampir sama dengan demam denggi dan virus Zika iaitu demam panas serta sakit sendi yang teruk.