nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia-Brunei kecam kekejaman Israel

27 OGOS : Malaysia dan Brunei senada mengecam keras kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dalam satu kenyataan bersama menyifatkan tindakan Israel sebagai pencabulan serius terhadap undang-undang antarabangsa.

“Kedua-dua pemimpin menolak sekeras-kerasnya visi peluasan haram Israel, yang jelas menunjukkan sikap angkuh rejim Zionis mengabaikan prinsip asas kemanusiaan dan ketertiban dunia berasaskan undang-undang,” menurut kenyataan bersama itu.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas kedua-dua pemimpin menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Malaysia-Brunei (ALC) ke-26 di Putrajaya, hari ini.

Kedua-dua pemimpin mengecam sekeras-kerasnya tindakan genosid dan pembersihan etnik yang dilakukan rejim Zionis Israel sebagai kuasa pendudukan.

Menurut kenyataan itu, sekatan penuh terhadap akses kemanusiaan dan penghantaran bantuan ke Gaza adalah pencabulan besar terhadap undang-undang antarabangsa yang telah mengakibatkan korban nyawa besar, perpindahan paksa, kebuluran sistematik dan kekurangan bekalan asas.

“Sehubungan itu, kedua-dua pemimpin menggesa masyarakat antarabangsa bertindak tegas bagi menamatkan kitaran kekebalan Israel daripada sebarang tindakan undang-undang,” menurut kenyataan itu lagi.

Malaysia dan Brunei turut menuntut gencatan senjata kekal segera dan penyelesaian terhadap punca sebenar konflik termasuk menamatkan pendudukan haram Israel.

“Kedua-dua pemimpin menekankan bahawa penyelesaian adil dan berkekalan hanya boleh dicapai melalui kaedah damai, berlandaskan undang-undang antarabangsa, undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta resolusi PBB,” kata kenyataan itu.

Kedua-duanya menyambut baik peningkatan sokongan global untuk mengiktiraf negara Palestin tanpa syarat dan menyeru negara lain yang masih belum mengiktiraf untuk segera berbuat demikian.

*FOTO : PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.