28 OGOS : Myanmar akan melalui pilihan raya mulai 28 Disember depan, umum junta.
Menurut junta, proses pengundian akan dijalankan secara berperingkat.
Namun, perkara itu diboikot kumpulan pembangkang serta dikritik pemerhati antarabangsa.
“Fasa pertama pilihan raya umum pelbagai parti bagi setiap Parlimen akan bermula pada Ahad, 28 Disember 2025.
“Tarikh bagi fasa seterusnya akan diumumkan kemudian,” menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Kesatuan dalam satu kenyataan.
Menurut junta tentera, pilihan raya merupakan jalan untuk menamatkan konflik di negara itu.
Pelbagai kumpulan gerila pro-demokrasi dan organisasi bersenjata etnik berpengaruh yang kini mentadbir sebahagian besar wilayah Myanmar bertegas untuk menggagalkan proses undian di kawasan mereka.