nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Wujud defisit kepercayaan terhadap tatanan dunia

2 SEPT : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan kewujudan defisit kepercayaan terhadap tatanan dunia yang berlaku hari ini.

Beliau berkata kegagalan menjamin perdagangan dan struktur kewangan yang adil serta kelemahan menangani krisis iklim mendedahkan jurang besar antara retorik yang dilaungkan dengan penderitaan sebenar rakyat di lapangan.

“Tatkala kita bakal memperingati ulang tahun kebangkitan rakyat China dan penamatan Perang Dunia Kedua pada Rabu ini, kita diingatkan akan makna yang mendalam.

“Hari peringatan ini hakikatnya adalah penolakan terhadap pencerobohan, keangkuhan kuasa, kolonialisme, imperialisme dan penindasan sesama manusia, sesuatu yang masih menghantui kita saat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di Facebook pada Isnin selepas menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) Plus yang dipengerusikan Presiden China, Xi Jinping.

Beliau turut membangkitkan soal kekejaman di Gaza, Palestin yang berlarutan dan dunia seolah-olah tidak berdaya untuk menghentikan kezaliman rejim itu.

“…di mana anak-anak kecil dibunuh tanpa belas, berlaku di depan mata kita. Kesannya turut melimpah ke Lubnan, Iran dan Iraq, sementara dunia seakan tidak berdaya menghalangnya.

“Kerana itu, Malaysia teguh mendukung Inisiatif Tadbir Urus Global, dan mendesak agar ia diperkasakan dengan lebih tekad untuk menghapuskan sebarang bentuk imperialisme, kolonialisme dan penindasan.

“Ayuh kita melangkah dengan penuh keberanian, berpandukan keadilan, kemanusiaan dan ihsan, demi membina dunia yang damai dan harmoni,” katanya.

Sementara menyentuh soal SCO, Anwar berkata jemputan menghadiri persidangan itu merupakan suatu penghormatan buat Malaysia, tatkala SCO mencatat kemajuan besar dalam ekonomi, kesihatan awam, keselamatan dan peralihan tenaga seiring dengan pendirian Malaysia serta keutamaan ASEAN.

“Dalam sidang ini, Presiden Xi memperkenalkan Inisiatif Tadbir Urus Global, gagasan penting ketika multilateralisme semakin rapuh.

“Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak lagi diyakini mampu melaksanakan agenda reformasi, sementara kita terus menyaksikan jurang kesenjangan melebar dan kekejaman berulang tanpa sebarang hukuman.

“Malaysia mendukung penuh inisiatif ini, yang berpaksikan keadilan, ihsan, kemanusiaan dan kerjasama, dengan multilateralisme sebagai teras. Prinsip luhur ini mesti diterjemah kepada tindakan nyata,” katanya.

*FOTO : PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.