13 SEPT : Bekas ketua hakim Mahkamah Agung Nepal, Sushila Karki dilantik sebagai Perdana Menteri interim pada Jumaat.
Sushila, 73 menerima pelantikan itu daripada Presiden Ram Chandra Poudel.
Pelantikan itu dibuat selepas pencalonan beliau diterima oleh gerakan tunjuk perasaan yang dipimpin anak muda.
Tunjuk perasaan antikerajaan yang berlaku bertukar ganas hingga menyebabkan kerosakan awam yang besar.
Di ibu negara Nepal, Kathmandu menyaksikan kebakaran besar dan vandalisme sejak beberapa hari lalu hingga menyebabkan kira-kira 20 penunjuk perasaan terbunuh dalam pertempuran dengan polis.
Susulan itu, Perdana Menteri sebelum ini, Khadga Prasad Sharma Oli meletak jawatan.