15 SEPT : Sebanyak 11 kapal lagi berlepas dari pelabuhan di Bizerte dalam misi Global Sumud Flotilla menuju ke Gaza, Palestin.
Konvoi yang terbesar setakat ini membawa misi untuk menghentikan sekatan Israel dan menyalurkan bantuan kemanusiaan ke wilayah itu.
Misi yang bermula sejak bulan lalu itu melibatkan penyertaan aktivis dari seluruh dunia.
Beberapa kapal dilaporkan diserang dron dan diawasi sepanjang masa namun para peserta sedikit pun tidak menunjukkan rasa takut.
Setakat ini tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam serangan-serangan itu.
Dalam pada itu, media melaporkan Israel memulakan perancangan untuk menghalang kemaraan flotilla terbesar yang menuju ke Gaza melibatkan 50 kapal dengan penglibatan aktivis dari 44 buah negara.
 
			 
				